Hari-hari terakhir Dunia: The Final Chapter

oleh Amirah pada 26 Jan 2015

final_chapter_blog

Dunia semakin menuju akhir zaman. Bumi semakin menunjukkan yang dia sudah terlalu tua, dan akan tiba pada saat ‘mati’nya.

The Final Chapter membawakan apa yang penulis percaya sebagai tanda-tanda jelas kemunculan Dajal.

Dengan pengangkutan moden yang luarbiasa, kecanggihan telekomunikasi, dan pelbagai lagi teknologi, semua ini membawa kepada satu petunjuk: kelahiran Dajal.

Dalam buku ini, dinyatakan bahawa kedatangan Dajal tidaklah tiba-tiba. Bahkan Dajal sebenarnya dibantu Illuminati.

Dipercayai Illuminati sedang menyediakan dunia yang sesuai untuk pentadbiran Dajal. Mereka sudah berjaya menguasai PBB, NATO, WHO, IMF, dan banyak lagi organisasi penting dunia.

Dunia ini sudah hampir sempurna bagi didiami Dajal dan konco-konconya.

Bermula dengan bab berkenaan permulaan akhir zaman, penulis juga bercerita soal pelbagai keajaiban yang berlaku pada era ini.

Tidak ketinggalan adalah topik Imam Mahdi, pengaruh sihir dalam pentadbiran dunia, penerangan soal Nabi Isa, dan siri peperangan yang berlaku.

Sedia terkenal dengan naskhah Art of Deception, Deadly Mist, dan Rasulullah is My Doctor, The Final Chapter adalah buku terbaru daripada penulis sensasi Jerry D. Gray.

Sepenuhnya berwarna dengan pelbagai gambar, pasti ini adalah tulisan yang dinanti-nanti peminat teori konspirasi.