Artikel

Hari ketiga PBKKL: Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung

oleh Roziyah pada 24 Dec 2010

Aktiviti di Booth PTSMelangkah ke hari ketiga Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur (PBKKL) 2010, aktiviti menarik dan lebih menyeronokkan disediakan kepada pengunjung yang hadir ke PBKKL ini.

Antara aktiviti yang disediakan termasuklah English Games bersama Coach Sha dan Coach Ridz dari jam 11 pagi hingga jam 1 tengahari.

Bermula jam 3 petang hingga jam 4 petang pula, PTS Fortuna akan menggamatkan suasana booth PTS dengan aktiviti sesi bertemu pelanggan PTS Fortuna.

Selain itu, PTS Islamika juga menyajikan sesuatu yang istimewa apabila membawakan pertandingan lukisan belon bersama Saridah Hamid dan Reja khas buat peminat-peminat buku PTS Islamika yang berlangsung dari jam 5 hingga jam 6 petang.

Sebagai penutup aktiviti di hari ketiga PBKKL, PTS Islamika menampilkan Pertandingan Teka Buku Siri Young Aisyah khas buat peminat-peminat cilik yang hadir ke PBKKL kali ini.

Bawa seluruh ahli keluarga bagi memeriahkan booth PTS yang sentiasa menantikan kedatangan tuan puan sekeluarga. Warga PTS sentiasa menyajikan sesuatu yang istimewa khas buat peminat semua.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024