Artikel
Hari Pertama PBAKL 2011: Kemeriahan PBAKL Mula Dirasai
oleh Roziyah pada 22 Apr 2011
Kehangatan dan kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dirasai apabila pelbagai penerbit yang mengambil bahagian mula membuat persiapan bagi menyambut kedatangan pengunjung.
PBAKL 2011 yang membuka tirainya bermula 22 April (esok) ini menghimpunkan bukan sahaja penerbit dari Malaysia malah penerbit dari Asia.
PTS selaku penerbit buku berbahasa Melayu nombor 1 di Malaysia turut tidak melepaskan peluang bersama-sama berkongsi kehangatan PBAKL ini.
Petugas-petugas PTS kini sudah mula bertungkus-lumus menghiasi booth PTS sebelum menyambut kedatangan tuan dan puan pengunjung booth PTS.
PTS juga menyediakan diskaun bonanza khas kepada pengunjung PTS sempena PBAKL 2011 ini. Klik di sini bagi mendapatkan kupon bonanza PTS.
Jangan ketinggalan menyertai dan memeriahkan PBAKL 2011 yang menjadi kampung kepada peminat-peminat buku tempatan meraikan pesta buku di Malaysia ini.