Artikel
Hari Pertama PBAKL 2011: Pengunjung Bertuah Terima iPod Touch
oleh Roziyah pada 22 Apr 2011
Baru hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur berlangsung, seorang pengunjung bertuah sudah memenangi iPod Touch melalui cabutan bertuah yang diadakan di booth PTS.
Cikpuan Wan Nozy Nani Wan Sulaiman yang berasal dari Kuala Lumpur berjaya membawa pulang iPod Touch khas di booth PTS.
"Saya benar-benar terkejut dan tidak menyangka dengan rezeki ini. Saya berharap PTS meneruskan lagi cabutan ini pada tahun-tahun berikutnya. Terima kasih saya ucapkan kepada PTS atas hadiah ini," ujar beliau dalam nada terkejut.
PTS mengadakan cabutan bertuah bagi menghargai peminat-peminat PTS yang selama ini tidak putus menyokong usaha PTS.
Tuan dan puan peminat PTS juga berpeluang membawa pulang hadiah menarik dari PTS dengan mengunjungi booth PTS bermula hari ini hingga 1 Mei ini.
Pembeli pertama yang membeli RM500 dan ke atas juga berpeluang membawa pulang hamper menarik daripada PTS.
Selain itu 50 pengunjung pertama juga berpeluang mendapatkan sebuah buku percuma daripada PTS.
Diskaun serta aktiviti menarik juga disediakan khas buat pengunjung ke booth PTS. Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan promosi PTS.