Artikel

HEBAHAN MEDIA: Master Your Mind Design Your Destiny (Versi Bahasa Melayu)

oleh [email protected] pada 05 Mar 2008


Matlamat adalah Kemestian

Apabila individu menganggap matlamat itu adalah keinginan yang lemah ataupun ia hanya impian belaka, dorongan yang negatif akan mejurus pada keadaan tersepit oleh perasaan gagal dan kecewa. Selepas itu, mereka terdorong melakukannya dalam zon selesa dan cuba memberi pelbagai alasan supaya tidak melakukannya. Akhirnya, mereka tidak pernah melakukan tindakan bagi mencapai matlamat itu.

Umum biasanya mengetahui apabila matlamat itu menjadi kemestiaan dan perlu dicapai sebaiknya, minda kita tercakna mahu berfikir pelbagai cara melaksakannya. Kita sanggup melakukan apa sahaja tanpa memberi alasan. Bagi memberikan kepahaman secara visual penulis menerangkan beberapa cerita sebagai pedoman. Cerita seperti jurujual yang mahu mencapai jualan bernilai 1 juta, strategi peperangan Jeneral China, kisah Serene Khoo penghidap kanser payu dara yang dikenali sebagai pemusnah kanser dan liku-liku kejayaan pelakon Sylvester Stallone.

Mahatma Ghandi

Kuasa kepercayaan yang luar biasa adalah milik setiap individu. Walau bagaimanapun masih ada tanggapan negatif mengenai keupayaan dan kejayaan orang lain yang mampu melakukan hasil yang luar biasa. Persoalan yang sering diutarakan adalah, adakah orang itu mempunyai kuasa yang luar biasa? Apakah yang mendorong individu itu melakukan perkara luar biasa? Apakah sumber rujukan yang dimiliki individu pejaya dan luar biasa itu?

Mari kita soroti sejarah cara Mahatma Ghandi membebaskan India daripada penjajahan Inggeris. Beliau adalah peguam dan manusia biasa. Dengan menggunakan ilmu undang-undang yang dipelajari daripada pihak Inggeris tentu beliau tidak mampu mebebaskan negaranya. Tetapi beliau menggunakan kepintaran minda dengan secara berhemah dan lemah lembut menggunakan kuasa keamanan yang mampu menarik beribu-ribu orang protes secara aman dan pihak penjajah menyerah kalah.

Daripada sisi pengalaman umum yang sering dihadapi pelajar sekolah rendah yang memberi tafsiran subjek matematik itu susah, mereka sering memberi pelbagai alasan, ketika menjawab soalan matematik dan lebih teruk terus tidak mejawab soalan yang diberi apabila persepsi negatif itu dipengaruhi oleh keadaan sekeliling seperti pengaruh, rakan-rakan, minda, subjek dan keluarga. Pada masa ini, kemahiran meruntuhkan kepercayaan lama kepada yang baru diperlukan. Ia diumpamakan seperti menyalakan mentol yang padam. Jawapan bagi persoalan itu dikongsi penulis melalui pengalaman dan jalan cerita yang membantu dan membuka minda ke arah positif.

Teknik Menambat

Ivan Pavlov, adalah ahli psikologi Rusia yang menemui teknik menambat bagi mengawal minda supaya sentiasa positif. Teknik diakui mampu menjernihkan hubungan cinta yang terlerai dan menyembuhkan fobia. Tiga cara digunakan adalah tambatan visual, audio dan kinestetik. Kuasa tambatan yang betul, kuasa emosi yang kuat, masa yang tepat, melakukan perkara yang luar biasa ataupun unik, mengulang bagi menjadikan rutin itu kemestian.

Melihat pula sisi kehidupan seharian yang memacu perjalanan hidup ini. Perilaku manusia dicetus oleh emosi dan bukannya logik. Tindakan yang dilakukan banyak bergantung pada perasaan berbanding fikiran. Terdapat dua jenis perasaan yang memacu kita. Ia adalah emosi positif dan negatif. Emosi positif ke arah rasa bahagia, keselamatan, kuasa, kejayaan, dan kebebasan. Pada masa yang sama kita bergerak jauh daripada emosi negatif seperti rasa takut, murung dan terancam.

Perilaku Ameba

Kajian saintifik menerangkan perilaku ameba yang mempunyai satu sel dan mempunyai nilai tarikan dan nilai tolakan. Apabila makanan diletakkan di hadapannya, ia bergerak ke arah makanan itu. Apabila elemen panas diletakkan berdekatan, ia menjauhi benda panas itu. Dalam hal ini, manusia perlu menilai dan mengenal pasti kuasa tarikan dan tolakan ataupun jenis `makanan` dan `kepanasan` yang mendorong tindakan itu.

Pola kecemerlangan yang perlu dipraktikkan adalah mengawal minda dan menggunakan kuasa dalaman. Ia adalah set kepercayaan, sikap dan perilaku yang dapat dilakukan secara konsisten bagi mengeluarkan hasil luar biasa. Ia juga adalah senjata yang dikuasai bagi membentuk minda dan masa depan tanpa menghiraukan faktor-faktor luaran.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025