Artikel

Jangan Bincang Hal Remeh, Wacana Khalifah Perlu Diperkuat

oleh Asri Yussof pada 02 Jan 2018

Penulis buku “Erdogan Bukan Pejuang Islam?” memberitahu “Jangan jadi seperti Ulama Baghdad ketika Khalifah Abbasiyah diserang dahulu mereka masih membincangkan hal remeh temeh. Sekarang kita perlu banyakkan wacana kekhalifahan.”

Ahmad Azam Ab Rahman mengupas bukunya “Erdogan Bukan Pejuang Islam?” pada ahad lalu, di Masjid Puncak Alam pada kuliah maghrib sempena penganjuran acara Puncak Karnival Geng Masjid yang berlangsung di sana sejak 29 Disember hingga 31 Disember 2017 lalu.

Khalifah Abbasiyah  yang beribu kota di Iraq dimusnahkan oleh kumpulan tentera IIkhanate Mongol yang dipimpim oleh Hulagu Khan pada 1928. Warisan khazanah keilmuan perpustakaan Bait al-Hikmah musnah dalam ekspedisi Hulagu Khan untuk memperluskan kuasa di timur tengah. Buku-buku telah dibuang ke dalam sungai Tigris.

Buku “Erdogan Bukan Pejuang Islam?” adalah buku yang pertama yang ditulis dalam bahasa selain bahasa Turki selepas cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016. Penulis, Ahmad Azam dijemput oleh presiden Recep Tayyip Erdoğan untuk mewakili Malaysia bagi mendengar penjelasan dari pihak kerajaan Turki tentang konflik yang berlaku.

Ahmad Azam Ab Rahman - buku PTS

Buku ini diterbitkan pada 4 Oktober 2016, 3 bulan selepas cubaan rampasan kuasa di Turki. Ditulis bersama-sama dua lagi penulis, iaitu Najmuddin Mohd Nawi dan Muhammad Suhail Ahmad.

Baca juga: Referendum untuk Kuasa Eksekutif Presiden Turki

Penulis juga membuat perbandingan dengan kerajaan Islam Aceh suatu ketika dahulu yang dijatuhkan dengan menggunakan orientalis yang diupah oleh pihak barat. Begitu juga di Turki, Fethullah Gülen dan pasukannya menjadi dalang untuk menggulingkan presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan.

Gulen

Erdoğan dilihat sebagai kuasa kuat mewakili suara orang-orang Islam. Beliau dilihat mampu memperkuatkan negara-negara Islam dan bercita-cita untuk mengembalikan semula Turki pada 2023 nanti sebagai kuasa besar dunia seperti ketika era-uthmaniah dahulu.

Baca juga: Siapa Gulen?

Erdogan

Baca juga: Apa Yang Membuatkan Rakyat Turki begitu Sayang kepada Erdogan?

Ahmad Azam Ab Rahman adalah Timbalan Setiausaha Agung UNIW mewakili kawasan Asia Pasifik untuk sesi 2015/2018. Union of NGOs in the Islamic World (UNIW) adalah sebuah organisasi yang beribu pejabat di Istanbul, Turki sejak Mei 2005 yang bertujuan untuk meyatukan umat Islam di dunia ini. Dalam masa yang sama, Ahmad Azam juga merupakan Presiden Wadah dan pernah menjawat Presiden ABIM pada 1998.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024