Artikel

Jejak Bisnes Rasul Tersenarai Buku Pilihan Popular

oleh Roziyah pada 22 Mar 2011

Buku Jejak Bisnes Rasul yang menggabungkan cara bisnes Rasulullah dan ilmu moden berjaya menambat hati pembaca sehingga tersenarai dalam Anugerah Pilihan Popular - Berita Harian.

Buku yang memfokuskan kepada peribadi dan konsep perniagaan yang dijalankan Rasulullah ini sesuai kepada usahawan terutamanya usahawan Islam bagi mengetahui perniagaan cara Islam.

Menurut profesor Emeritus Dr. Mohamed Sulaiman ini sememangnya dapat menjadi rujukan berguna kepada usahawan Islam kerana buku ini menggabungkan cara kerja perniagaan yang diamalkan Rasulullah dengan perniagaan cara moden.

“Tujuan kita menghasilkan buku ini bagi mengembangkan ilmu. Satu kepuasan kepada kita apabila ilmu ini dapat disampaikan kepada pembaca. Buku yang tersenarai dalam Anugerah pilihan popular ini soal kedua. Lebih penting apabila ilmu ini sampai terus kepada pembaca,” jelas Dr. Sulaiman.

Bagi penulis bersama buku Jejak Bisnes Rasul, Tuan Aizuddin Zakaria, beliau bersyukur apabila buku Jejak Bisnes Rasul terpilih dalam Anugerah buku Popular yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sebagai maklumat tambahan, Jejak Bisnes Rasul yang mendapat sambutan baik daripada ulat buku ini juga sudah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia.

Selain itu, Dr. Sulaiman dan Tuan Aizuddin juga sering dijemput mengadakan ceramah bagi memberi pendedahan yang lebih khusus mengenai Jejak Bisnes Rasul ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024