Artikel

Jurassic World: Fallen Kingdom Angkat Persoalan Terhadap Pemeliharaan Haiwan

oleh Asri Yussof pada 27 Jun 2018

Jurassic World: Fallen Kingdom yang baru sahaja ditayangkan dalam beberapa minggu ini mengingatkan kepada kita tentang isu hak asasi kepada haiwan juga. Seringkali kita membincangkan tentang hak asasi manusia, mungkin kita terlepas pandang yang haiwan juga bersama-sama kita menghuni bumi ini.

Saya mahu ulas filem ini mengenai pengajaran cerita kerana perkara ini lebih penting dari segala macam aspek teknikal yang ada di dalam filem ini. Filem ini perlu dilihat dengan skop yang lebih besar. Bukan sekadar kita melihat naratif tentang dinasor sahaja.

Filem ini juga mengetengahkan isu pemburuan haram dan penyeludupan haiwan. Di Malaysia, juga perkara ini juga berlaku. Contohnya dalam kes harimau malaya.

Harimau malaya

Pengarah Eksekutif  Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia (WWF-Malaysia), Datuk Dr. Dionysius S.K. Sharma berkata kepada Sinar Harian, terdapat kira-kira 3,000 Harimau Malaya dalam tahun 1950, sementara kira-kira 500 harimau  direkodkan dalam 1990 dan anggaran terkini antara 250 hingga 340 harimau berada di Semenanjung Malaysia.

Klik di sini untuk senarai buku terbaru

Di Malaysia juga kita mempunyai 7 lagi jenis haiwan lain yang hampir pupus selain Harimau Malaya. Black Shrew, Tenuk Malaysia, Orang Utan, Gajah Borneo, Badak Sumbu Sumatera, Kera Bekantan dan Tenggiling.

Tenggiling adalah sebahagian daripada haiwan yang paling dilindungi di dunia, kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab ingin mengambil mereka untuk sisik, daging dan kulit, yang dipercayai mempunyai manfaat perubatan.

Movie rate: 7/10

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024