Artikel
Kedai Buku Bacha Tarik Pembeli Sekitar Kuala Pilah
oleh Roziyah pada 22 Nov 2010
Sambutan terhadap buku-buku tempatan kini merancakkan lagi industri buku di Malaysia. Selaras dengan peningkatan pembacaan di Malaysia memberi peluang kepada lebih ramai pengusaha buku di Malaysia.
Terbaru, sebuah kedai buku yang mampu menarik minat semua golongan pembaca dibuka di Econsave, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Kedai buku Bacha yang baru dibuka menarik ramai peminat buku sekitar Kuala Pilah yang sememangnya mencari kedai buku yang menghasilkan buku-buku yang berkualiti.
"Pada hari pertama kedai buku Bacha dibuka, kita sudah menerima ramai pelanggan," jelas Pembantu Pengurus, Cikpuan Nurul Amirah Abdul Rahim ketika ditemubual wakil PTS
Kedai yang baru dibuka kira-kira dua minggu itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.
Lebih menarik apabila pelanggan Kedai Buku Bacha boleh menjadi rakan Bacha. Kedai Buku Bacha menawarkan diskaun menarik kepada pelanggan yang mendaftar menjadi ahli Bacha.
Selain diskaun yang ditawarkan, peminat-peminat buku tempatan juga berpeluang terlibat dalam aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Kedai Buku Bacha.
"Walaupun baru dua minggu dibuka, sudah lebih daripada 30 orang pelanggan yang menjadi ahli Bacha. Pelanggan yang menjadi ahli Bacha boleh menyertai aktiviti yang dianjurkan Kedai Buku Baca antaranya seperti program bersama penulis dan sebagainya," jelas Cikpuan Nurul Amirah lagi.
Tempat yang strategik serta tawaran buku-buku yang menarik memberi peluang kepada pembeli mendapatkan buku yang berkualiti bagi mengisi santapan minda pelanggan.
"Kedai Buku Bacha ini dibuka berdekatan dengan pelanggan yang terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) selain penduduk sekitar Kuala Pilah," jelas Nurul Amirah lanjut.
Sebagai maklumat, Kedai Buku Bacha diasaskan oleh penulis-penulis buku PTS sendiri. Mereka terdiri daripada Cikpuan Azzah Abdul Rahman, Cikpuan Shazleen Mohd Isa, dan Cikpuan Waida Kmy.
Kedai buku yang beroperasi di Econsave, Komplek Wira Jaya, Pusat Komersial Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini menampilkan buku-buku terkini dan menarik bagi semua golongan pembaca.
Tuan dan puan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Kedai Buku Bacha juga boleh terus melayari facebook Kedai Buku Bacha.
Tempahan buku juga boleh dilakukan dengan menghubungi Kedai Buku Bacha di 019-2875243 atau terus email ke [email protected].