Artikel

Kedai Buku Mardani Interprise Mudahkan Pembeli Buku Sekitar Jengka

oleh Roziyah pada 25 Oct 2010

Penduduk sekitar Jengka kini mampu mendapatkan buku-buku terbitan PTS dengan mudah dan cepat melalui kedai buku Mardani Interprise yang menjadi pengedar rasmi buku-buku terbitan PTS.

Sambutan yang menggalakkan terhadap buku-buku terbitan PTS menyebabkan pemilik kedai buku Mardani Enterprise melanggan buku-buku terus daripada unit jualan PTS.

Menurut pemilik Madani Enterprise, Tuan Mohammad bin Abdul Wahab, kelebihan berurusan terus dengan unit jualan PTS memberikan peluang kepada beliau memberikan diskaun kepada pembeli-pembeli di sekitar Jengka, Pahang.

“Sebelum ini saya menjual buku-buku PTS, tetapi tidak membeli terus daripada PTS. Sambutan yang menggalakkan terhadap buku-buku PTS menyebabkan saya membeli terus daripada PTS kerana PTS menawarkan diskaun kepada pengedar buku,” jelas Tuan Muhammad.

Beliau juga turut mengedarkan buku-buku terbitan PTS ke perpustakaan sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Jengka.

Tuan Muhammad juga turut memberi peluang kepada mereka yang ingin menjual buku secara kecil-kecilan di kawasan Pahang.

“Ramai yang mengambil buku-buku daripada kedai saya dan dijual. Saya memberikan diskaun yang lebih kepada mereka yang ingin mengedarkan buku-buku PTS ini,” jelas beliau lanjut.

Mardani Enterprise yang bertapak di No 2 dan 3, Kedai PPPKM, Lorong Baiduri 2, Nadi Kota, 24600, Bandar Jengka ini memberi peluang kepada penduduk sekitar Jengka mendapatkan buku-buku terbitan PTS.

Tuan dan puan yang berminat mendapatkan buku-buku terbitan PTS boleh terus mendapatkannya di Mardani Enterprise. Maklumat lanjut mengenai Mardani Interprise boleh terus menghubungi tuan Muhammad di 017-9390073 atau 010- 3444173.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024