Kehebatan Sains: Oh Semua A! Alam Bahan

oleh Amirah pada 27 Nov 2014

cover_oh_semua_a_alam_bahan-240x344

Pelbagai buku rujukan sains yang berada dalam pasaran dan menjadi rujukan untuk kanak-kanak untuk menambah ilmu pengetahuan.

Sains merupakan subjek yang penuh dengan pelbagai uji kaji dan saling berkait rapat dengan keadaan sekeliling kita.

Menerusi siri Oh Semua A!, Buku kelima iaitu Alam Bahan ini pasti tidak mengecewakan. Maklumat sains yang disampaikan secara mudah mengandungi fakta yang tepat, ilustrasi yang melucukan menambahkan lagi keseronokan membaca.

Kaedah penyampaian yang digunakan dalam buku ini sangat santai dan menggunakan laras bahasa yang mudah difahami oleh semua peringkat umur.

Buku ini perlu menjadi naskhah yang mesti dimiliki oleh setiap pelajar bersesuaian dengan sifat buku yang mesra pembaca, menyeronokkan, dan mudah difahami

Buku ini juga sarat dengan info-info menarik tentang sains. Fakta-fakta sains yang kompleks diterangkan dengan cara yang lebih mudah difahami.

Terdapat pelbagai soalan kuiz bagi memberikan pengukuhan kepada pemahaman konsep-konsep asas pelajar.

Penggunaan ilustrasi dan komik yang menarik dapat merangsang minda pelajar supaya lebih mudah mengingati fakta-fakta penting.