Artikel

Kelahiran Bintang Super Safee @ PBAKL 2012

oleh [email protected] pada 02 Apr 2012

Aura penyerang prolifik negara, Mohd Safee Sali diteruskan lagi dengan pelancaran komik Super Safee #1: Kelahiran Bintang yang dilancarkan semalam. Majlis pelancaran yang di adakan di Padang Bola Sepak Taman Permata, Hulu Kelang itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran raja bola sepak negara, Datuk Abdul Ghani Minhat.

Komik bola sepak terbitan PTS Pop ini adalah merupakan sebuah komik yang julung kalinya diterbitkan berkisahkan mengenai suka duka, gelak tawa dan drama Safee Sali dalam menceburkan diri dalam dunia bola sepak.

Dengan hanya berharga RM 6.90, komik yang berunsurkan pengajaran dan teladan ini sudah pasti akan membuatkan pembaca berpuas hati memilikinya. Selain itu, hasil pendapatan komik ini akan di salurkan ke pusat kebajikan seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pts.com.my atau datang terus ke pameran buku PTS. Ayuh kawan-kawan, apa tunggu lagi. Cepat dapatkannya di pasaran sekarang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024