Artikel

Kempen Promosi Facebook PTS Menghargai Peminat Setia PTS Di Facebook

oleh Helmi pada 29 Oct 2010

Bagi menghargai ahli facebook PTS (http://www.facebook.com/bukupts/) yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada PTS, PTS dengan sukacitanya ingin mengumumkan satu kempen menghargai ahli facebook PTS yang mempromosikan fanpage facebook PTS kepada rakan-rakannya di Facebook. 10 orang yang mempunyai bilangan rakan teramai yang menjadi ahli facebook PTS akan dipilih dan memenangi buku PTS bernilai RM50.

Cara-cara menyertai

1. Jadi ahli facebook PTS.
2. ‘Suggest to friends’ facebook PTS. Kumpulkan bilangan rakan yang “Like” Facebook PTS seberapa ramai yang mungkin.
3. 10 orang yang mempunyai bilangan rakan yang “Like” Facebook PTS teramai akan dikira sebagai pemenang.
4. Hantarkan “screenshot” bilangan rakan yang “Like” Facebook PTS ke alamat email [email protected] sebelum 12 malam, 30 Nov 2010.

Syarat-syarat screenshot

1.Screenshot hendaklah memaparkan kotak pada sidebar yang mengandungi bilangan ‘Friends Like This’.
2.Saiz screenshot adalah bebas tetapi hendaklah mempunyai indikasi bahawa ianya diambil dari Facebook PTS (besarkan screenshot untuk menunjukkan ianya diambil dari Facebook PTS)
3.Penggunaan perisian memanipulasi imej seperti Photoshop dan seumpamanya untuk menghasilkan screenshot dengan apa tujuan sekalipun adalah DILARANG sama sekali. Hanya screenshot yang original sahaja akan diterima.
4.Screenshot hendaklah dalam format JPEG(JPG), PNG, dan GIF, sahaja.

Contoh Screenshot :

kempen-facebook

Hadiah

Buku PTS bernilai RM50 untuk 10 pemenang. (pemenang bebas memilih tajuk yang disukai)

Terma & Syarat

1. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, kecuali kakitangan PTS.
2. Peraduan berlansung 1 ~ 30 Nov 2010.
3. Penyertaan yang menghantar screenshot yang tidak menepati atau menyalahi syarat-syarat screenshot akan dibatalkan serta-merta.
4. Semua hadiah yang diberi dalam keadaan baik tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit barangan lain ataupun baucer sama ada sebahagian ataupun sepenuhnya.
5. Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya sekira berlaku liabiliti, kecemasan, kecederaan, kerosakan, tuntutan kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan mereka semasa menyertai peraduan ini.
6. PTS berhak menggunakan nama, maklumat dan gambar pemenang bagi tujuan periklanan, perdagangan dan/ataupun publisiti, tanpa perlu memberitahu terlebih dahulu kepada pemenang. Pemenang tidak layak menuntut pemilikan ataupun apa-apa pampasan penggunaan itu.
7. Keputusan hakim adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan.
8. Peserta bersetuju mematuhi syarat-syarat peraduan dan menerima keputusan hakim apabila menyertai peraduan ini.
9. Hadiah akan dipos ke alamat pemenang dan kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024