Artikel

Kenali Perwira Hebat: Wira Kemerdekaan

oleh Hairul Faizal Adli Ab Ghani pada 08 Oct 2013

Wira yang tidak didendang, datangnya tidak diundang, dan wajahnya tidak dipandang.

Itulah yang berlaku kepada Abdul Rahman Bin Abdul Rahim, seorang wira kemerdekaan yang tidak tercatat namanya dalam lembaran sejarah Malaysia.

Pada saat komunis mengganas dan menggila di Tanah Melayu, Pak Rahman adalah seorang perwira. Puluhan komunis yang menyerang kampung mereka ditembak dan tumpas ditangan Pak Rahman.

Lalu beliau diisytihar sebagai musuh utama komunis dan diburu sehingga memaksa beliau lari ke luar negara untuk menyelamatkan nyawanya.

Setelah puluhan tahun hidup merantau di Kota London, Pak Rahman akhirnya kembali ke kampung halaman. Namun, sudah tiada sesiapa pun yang mengenali dirinya yang tua dimamah usia.

Dulu beliau adalah jaguh dan idola kampung, namun kepulangannya kali ini tidak diraikan oleh sesiapa.

Kemunculan beliau secara tiba-tiba di Kampung Lukut menggemparkan orang kampung. Mereka berspekulasi hingga ada yang menuduh beliau sebagai bekas banduan.

Namun, kebaikan dan kehebatan diri Pak Rahman semakin hari semakin terserlah. Terlalu banyak budi yang ditabur dan terlalu banyak wang yang dilabur untuk membantu penduduk kampung.

Kehadirannya juga membawa perubahan yang besar untuk penduduk kampung.

Masjid yang sepi diimarahkan dan tanah yang terbiar diusahakan. Pemuda kampung yang asyik melepak di warung kopi juga diberi peluang untuk bekerja dengan Pak Rahman.

Kebaikan beliau sangat menyentuh hati, sehingga Kudin yang amat memusuhinya menjadi orang yang paling kuat mempertahankan beliau.

Kini, kehadiran Pak Rahman kian dihargai dan disyukuri oleh semua. Kekaguman mereka makin bertambah setelah identiti sebenar Pak Rahman diketahui oleh mereka.

Mereka menjulangnya kembali sebagai perwira. Inilah kisah seorang wira kemerdekaan yang perlu ditekuni oleh generasi pasca merdeka. Kisahnya penuh dengan warna-warni kehidupan dan darah perjuangan.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024