Artikel

Kenapa Saya Mahu Jadi Editor Perolehan

oleh Zahiruddin Zabidi pada 16 Aug 2011

Artikel ditulis oleh Tuan Zahiruddin Zabidi di Kalamkhalifah.com

Bermula bulan lepas, saya diamanahkan menjadi editor perolehan bagi syarikat PTS Islamika Sdn Bhd. Sebelumnya saya adalah editor pengurusan, kedua posisi ini ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Saya meletakkan jawatan sebagai staf kerajaan yang dikatakan sebagai zon selesa, punya pencen dan slip gaji yang laku digadai bagi dibuat pinjaman peribadi kerana mahukan kelainan dan sedikit cabaran di samping mahu mengejar impian dengan lebih efektif.

Artikel terbaru Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com) dan Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin (drmaza.com) seakan membantu saya menjawab persoalan dalam diri mengapa saya berani mengambil tindakan sebegitu sebelum ini.

Ustaz Hasrizal mengulas mengenai bagaimana kelestarian intelektual, spiritual adalah lebih utama sekalipun sangat mencabar berbanding dengan kepuasaan fizikal dan emosi. Dr Asri pula bercerita mengenai rehlah dan keenakan dalam ziarah yang beliau kecapi di negeri Kelantan dalam siri ziarah ke rumah para ulama termasuk mantan guru beliau.

Saya renungkan kembali tulisan kedua orang tokoh yang mempunyai pengaruh yang besar dalam hidup saya. Saya cuba kaitkan dengan diri saya yang kerdil ini dan sedikit sebanyak saya boleh katakan bahawa posisi saya sekarang adalah bertepatan dengan apa yang mereka nukilkan tersebut. Saya kini mampu tersenyum kerana memiliki keduanya.

Editor Pengurusan VS Editor Perolehan

Skop tugas sebagai editor pengurusan adalah lebih terhad dari sudut fzikal. Yang mana editor pengurusan perlu lebih banyak berada di pejabat dan menguruskan borang-borang dan fail serta menyemak dan membaca pruf buku-buku yang bakal diterbitkan. Selepas lebih setahun berada dalam posisi ini saya berasa agak tidak selesa memandangkan analisis SWOT yang dilakukan kepada diri sendiri.

 

Layari KalamKhalifah.com bagi membaca lanjutan artikel

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024