Artikel

Ketahui Panduan Lengkap Menunaikan Ibadah Haji Dan Umrah: Pembimbing Ke Tanah Suci

oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid pada 17 Oct 2013

Buku Pembimbing Ke Tanah Suci edisi kemas kini memuatkan pelbagai panduan lengkap perjalanan dan bimbingan dalam melaksanakan ibadah fardhu haji, umrah, dan ziarah.

Buku edisi kemas kini yang bersaiz kecil ini padat dengan zikir serta doa yang menjadi amalan sepanjang melaksanakan ibadah haji.

Tidak ketinggalan turut diselitkan dengan panduan fiqh empat mazhab, panduan bergambar, dan lebih menarik adalah dimuatkan 36 muka surat berwarna.

Selain bimbingan lengkap mengenai cara serta peraturan yang wajib diikuti sepanjang menjalani ibadah, buku ini turut memuatkan lampiran bermanfaat seperti cara haji Rasulullah S.A.W, penjelasan hukum tentang setiap amalan yang dilakukan, serta ditambah dengan senarai tempat-tempat ziarah di Makkah dan Madinah bagi memudahkan para jemaah haji dan umrah berkunjung.

Buku ini turut menyediakan keistimewaan kepada para bakal haji kerana tersedia juga cadangan kelengkapan yang perlu dibawa ke tanah suci.

Buku panduan lengkap edisi kemas kini ini ternyata memudahkan para pembaca khususnya bakal haji yang berhasrat untuk menunaikan ibadah suci pada masa depan.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024