Artikel

Ketahui Taktik Pembohongan Dan Penyebaran Fitnah: Yahudi, Syiah, dan Dajal

oleh Amiratul Awatif Ghazali pada 13 Nov 2013

Orang Yahudi adalah bangsa yang bertanggungjawab menyebarkan pembohongan dan kesesatan di bumi ini.

Mereka mencipta ajaran agama baharu yang dikenali sebagai Kristian dan disebarkan kepada penduduk di benua Eropah khususnya.

Mereka mengubah ajaran Nabi Isa yang pada asalnya diutus bagi memperkukuhkan lagi ajaran Nabi Musa kepada Bani Israel.      

Syiah adalah suatu fahaman yang diada-adakan oleh golongan yang menyokong Saidina Ali bin Abi Talib. Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Tahkim bagi menamatkan perang Siffin.

Syiah bukan mazhab fiqhiyah seperti mazhab Hanafi, Hanbali, Syafi’i, dan Maliki.

Ia adalah fahaman yang mengaitkan perkara berkaitan akidah, tauhid, dan ibadah yang lahir daripada hasad dengki yang berada dalam hati Yahudi dan Majusi terhadap Islam.

Mereka banyak mencipta sesuatu yang pada zahirnya kelihatan seperti ajaran Islam dan hanya berbeza dalam beberapa perkara.

Ajaran Syiah diperjuangkan oleh golongan manusia yang mengaku ulama dan mengeluarkan fatwa-fatwa bersumberkan hadith palsu dan ijtihad yang tidak mendasar. Kemudian, mereka menyandarkan hadith-hadith itu kepada imam-imam Ahlu Bait.

Tentu kita tertanya-tanya, apakah kaitan antara Yahudi dan Syiah. Sekiranya diperhatikan dengan mata kasar, kita tidak akan nampak sebarang persamaan dan kaitan antara Yahudi dan Syiah.

Namun, selepas diteliti secara mendalam, kita akan mendapati matlamat kewujudan Yahudi adalah perpecahan umat Islam dan kesesatan.

Hal ini juga seperti Yahudi yang menyesatkan penganut Kristian melalui pemalsuan ajaran Nabi Isa yang diketuai oleh Paul of Tarsus (St. Paul).

Banyak pembohongan ditokok tambah dalam ajaran baginda yang berlawanan dengan ajaran asal Kristian. Hasilnya, Nabi isa dinyatakan sebagai Tuhan.

Syiah juga mempunyai matlamat yang sama. Kemuncak kesesatan yang mahu dicapai adalah perletakan martabat Saidina Ali ataupun mana-mana pemimpin mereka sebagai tuhan.

Sehingga ada yang berpendapat, Malaikat Jibrail tersalah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang sepatutnya diberikan kepada Saidina Ali.

Rasulullah s.a.w. menerangkan, “Dajal akan keluar dalam kalangan orang Yahudi. Orang-orang munafik akan menjadi pengikutnya.” Hadith ini direkodkan oleh Ibnu Hanbal dan Muslim.

Siapa Dajal tidak perlu dipertikaikan lagi. Ia akan keluar dalam kalangan orang ataupun bangsa Yahudi.

Bagaimana pula dengan munafikun yang dinyatakan dalam hadith sebelum ini?

Bukankah yang dimaksudkan adalah mereka yang mengaku diri sebagai Muslim dan umat Nabi Muhammad s.a.w., tetapi menerima doktrin dan pemikiran ciptaan Dajal yang menguasai segenap bidang kehidupan ini?

Buku ini akan membongkarkan secara ilmiah tentang bangsa Yahudi, fahaman Syiah dan pecahannya, dan fakta berkenaan Dajal daripada aspek agama, sejarah, dan sains moden, serta kaitan antara ketiga-tiga golongan perosak ini.

Mereka adalah penyebar fitnah dan pemesong akidah.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024