Artikel

Kisah Sherlock Holmes Disambung- Kini di pasaran dalam bahasa Melayu

oleh Asri Yussof pada 11 Aug 2018

Bagi peminat Sherlock Holmes, anda sudah boleh memiliki sambungannya dalam edisi bahasa melayu di pasaran sekarang. Sherlock Holmes: 4 Pemburu Harta adalah sambungan daripada Penyiasatan Benang Berdarah yang diterbitkan pada awal januari lalu oleh penerbit-x.

Selepas kehilangan bapanya secara misteri, seorang wanita muda, Mary Morstan saban tahun menerima sebutir mutiara yang berkilauan daripada seseorang yang tidak diketahui. Pada suatu hari, orang tersebut menjemputnya untuk bertemu, dan mengatakan wanita muda itu telah dianiaya.

Sherlock Holmes dan Dr. Watson menemani Mary Morstan bertemu dengan pengirim misteri tersebut. Sebelum kisah sebenar tentang mutiara-mutiara yang diterima wanita muda itu terungkai, mereka berhadapan dengan satu kes pembunuhan pelik, di mana seorang lelaki ditemui kejang, mati dibunuh di dalam bilik berkunci dengan mesej yang bertulis ‘Sumpah Empat Sahabat’.

Sherlock Holmes dan Dr. Watson mula melakukan siasatan. Tanpa diduga, kisah mutiara mewah yang misteri itu membuka lembaran dendam yang jauh dibawa dari kepulauan Andaman, ketika perang pemberontakan di India. Kisah tentang harta berdarah dan nyawa-nyawa yang melayang kerananya!

Bagi peminat tegar dan pengikut setia kisah penyiasatan Sherlock Holmes, dapatkan koleksi novel Sherlock Holmes dalam edisi bahasa Melayu sekarang di kedai-kedai buku berdekatan anda.

Sherlock Holmes- bahasa Melayu

Klik di sini untuk memiliki buku ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024