Artikel

Kisah Teladan :Saya Sayang Allah: Kisah-Kisah Terpilih Daripada Al-Quran

oleh Elcy Syafina Syafri pada 21 Aug 2014

Nabi Adam a.s. adalah manusia pertama yang dicipta oleh Allah s.w.t. daripada tanah. Semua malaikat dan iblis diperintahkan Allah untuk sujud kepadanya.

       Iblis yang dijadikan daripada api dan merasakan dirinya lebih mulia, tidak berpuas hati dan enggan menurut perintah Allah s.w.t. Maka, iblis dibuang dari syurga. Disebabkan itu, iblis berjanji bahawa dia dan kaumnya akan menyesatkan manusia hingga ke hari kiamat. 

       Kisah-Kisah Terpilih daripada Al-Quran menghimpunkan pelbagai kisah teladan, perjuangan, dan kehidupan tentang junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 25 Rasul Allah s.w.t., serta para sahabat.

       Buku ini padat dengan gambar ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni untuk tatapan kawan-kawan. Cerita yang terkandung dalam buku ini sebenarnya adalah pembelajaran asas dalam sejarah Islam. Segalanya menyeronokkan dan santai buat pembacaan kawan-kawan. 

       Dengan harga yang berpatutan dan ilustrasi yang menarik mampu membangkitkan rasa ingin tahu dan sudah pasti membuat pembaca ingin memiliki buku ini. Dapatkan buku ini di pasaran atau layari www.bookcafe.com.my.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024