Koleksi Terbaik Bophairy: Hantu Komik

oleh Amirah pada 01 Dec 2014

kaver-hantukomik-240x347

 

Komik terbaru hasil nukilan Bophairy dan Komik­M yang bertajuk Hantu Komik khas untuk para pembaca dan peminat setia.

Apa yang menarik mengenai komik ini? Pada awal bahagian komik ini menyajikan paparan cerita eksklusif bersama Bophairy yang menceritakan mengenai latar belakang kehidupan, pengalaman sepanjang menghasilkan komik, pesanan kepada pembaca dan sebagainya yang mampu membuka minat pembaca.

Komik ini juga menyediakan bonus tutorial melukis komik gaya Bophairy. Melalui tutorial ini, adik-­adik diberikan pendedahan bagaimana cara Bophairy melukis komik yang bermula dengan mencari idea, mengaplikasi idea dan sebagainya.

Pembaca juga akan mengetahui tip­tip mudah melukis komik dan alat yang sesuai digunakan untuk melukis cara Bophairy.