Artikel
Komen Orang Ramai Terhadap Buku Tun M: Inilah Perjuangan
oleh Asri Yussof pada 04 Aug 2016
Tun M: Inilah Perjuangan adalah catatan peribadi penulis mengenai idea dan pemikiran tokoh dan negarawan terkemuka Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pengkisahan ini bermula daripada pertemuan dengan budayawan dan tokoh bahasa Tan Sri Datuk Wira Haji Abdul Aziz Tapa dari Kampung Rim, Jasin, Melaka yang mendorong permulaan usaha menerbitkan sebuah buku mengenai sejarah perjuangan orang Melayu membina negara bangsa Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia; berjudul Selagi Hayat Dikandung Badan: Lembaran Perjuangan pada 2006, seterusnya membawa kepada pertemuan penulis dengan YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Berikut disenaraikan komen-komen orang ramai terhadap buku Tun-M yang kami ambil di laman Goodreads
-
Walaupun buku ini hanyalah wawancara bersama Tun, ia tetap memberi kepuasan kepadaku. Membaca kata-kata Tun ibarat mengembalikan kesedaran di dalam diri. Walaupun ada beberapa perkara yang aku tidak bersetuju dengan ide Tun sekalipun, aku mesti dan tidak boleh tidak memberi kredit kepada seorang Tun Dr. Mahathir.
Naim Al-Kalantani
-
I think the book title and cover is misleading. I picked up the book from the recent KL Book Fair hoping to read more on Tun M background and thoughts; instead, this book is more like the author's diary on how he and his team completed their book titled "Selagi Hayat Dikandung Badan: Lembaran Perjuangan"
-
So technically if you do want to read history on perjuangan, I guess read that book, not this. In fact it frustrated me that the first 40 pages, there was no mention on Tun M but rather on how the author and his team was interviewing other people and trying to meet Tun. Actual content on Tun maybe 30-40% (and because of that 30-40% I'm rating this book 3 stars instead of 1 or 2). I would recommend Sejarah Lisan by Yayasan Kepimpinan Perdana instead.
Syafiqa
-
Aku suka buku ni. Cerita pasal pengalaman penulis nak buat buku lain sebenarnya, tapi kena interview Tun M, Tan Sri Arsyad Ayub, Tan Sri Aziz Tapa dan ramai lagi tokoh-tokoh negara yang hebat. Untuk budak-budak Melayu, jangan malas menuntut ilmu. Baca buku banyak sikit! Barulah bangsa kita akan maju dan dipandang tinggi oleh orang lain.Pesanan dari Tan Sri Arsyad dan Tun M. Melayu kena banyak tuntut ilmu!
-
Dalam buku ni jugak menceritakan macam mana perangai ahli politik zaman sekarang. Sebenarnya sejak zaman Tun M kena buang UMNO dengan Tunku lagi. Untuk menjadi ahli politik, bukan hanya kesetiaan yang dituntut, pendidikan tu faktor utama juga. Kalau korang rasa nak kena pimpin dengan orang yang tak habis sekolah, hangpa punya pasai lah. Cheq tak mau. Segan cheq idup kalau la ni punya perangai pemimpin. Masuk UMNO sebab nak kaya.
Che Kem Dotty
-
Ia merupakan catatan seorang penulis sepanjang proses mewawancara Tun untuk menghasilkan sebuah buku yang lain. Namun ia banyak memberikan pendedahan tentang bagaimana sikap dan peribadi seorang tokoh dalam menghadapi tugas hariannya. People can agree or disagree to his ideas but a lot of goodness can be learned from his ethics. Banyak yang boleh dijadikan iktibar dan banyak perkara yang kita akui kebenarannya.
Muna Zaen
-
Walaupun buku ini hanya hasil dari Temu Bual Eksklusif Sabaruddin Hussein bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad tapi buku ini bagus untuk dibaca. Tun M seorang Negarawan Milik Rakyat Malaysia
Mohd Raffie