Artikel

Komik-M Sesuai Jadi Duit Raya

oleh Roziyah pada 24 Aug 2010

Cetuskan perubahan di hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lagi dengan menyediakan Komik-M sebagai duit raya kepada kanak-kanak yang datang bertandang ke rumah.

Bagi Tuan Wan Zuhairi Wan Zainuddin, Pengurus Unit Komik-M, semua komik yang dikeluarkan oleh PTS sesuai dijadikan hadiah duit raya kerana komik keluaran PTS mampu memberi manfaat kepada kanak-kanak.

“Komik-M sesuai kerana harganya yang murah. Tuan dan puan boleh mendapatkan Komik-M dengan nilai RM6.90 sahaja. Diskaun juga diberikan sekiranya komik-M dibeli di Bookcafe sendiri,” jelas Tuan Wan Zuhairi.

Sekiranya sebelum ini kita hanya mendengar masyarakat memberikan duit raya sebagai Ang Pau setiap kali hari raya, melalui pemberian komik-M sebagai Ang Pau raya ini akan mengubah persepsi masyarakat.

Pemberian buku sebagai Ang Pau ini juga sekaligus bakal memberi manfaat kepada penerima kerana PTS mengamalkan Bahasa Melayu Tinggi(BMT) walau melalui komik.

Tuan Wan Zuhairi yang menceritakan pengalamannya memberikan komik bagi menggantikan duit raya berkata kanak-kanak ternyata gembira dengan pemberian tersebut.

“Pada mulanya mereka terkejut apabila saya memberikan komik-M bagi menggantikan Ang Pau. Namun akhirnya timbul rasa ingin memiliki kepada rakan-rakan yang lain. Ada juga yang mahukan lebih kerana suka dengan komik tersebut,” jelas beliau lagi.

Komik-M ini juga sesuai diberikan kepada anak-anak yang tinggal jauh dari bandar bagi mencetuskan rasa ingin membaca dalam diri mereka.

Tuan dan puan boleh melakukan kelainan dengan memberikan komik-M atau buku-buku lain sebagai hadiah sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024