Artikel

Komik Sains Kuark­: Kuasai Sains Dengan Mudah

oleh Nurul Aqilah Hairulsam pada 06 Apr 2015

Adik-adik di luar sana pasti mahu mencari sesuatu kelainan dalam meneroka dunia Sains bukan?

Jikalau ya, maka adik-adik telah membuat keputusan yang betul dengan membeli buku ini!

Tidak disangkal lagi bahawa siri Komik Sains Kuark kali ini membawa kelainan kepada penerbitan mereka.

Khusus untuk para ibu bapa mencari bahan rujukan Sains yang ringkas, informasi yang dibincangkan dalam komik ini dapat membantu kerana segala fakta yang dikongsikan amat penting dan wajar diketahui oleh anak-anak pada peringkat awal.

Antara fakta-fakta menarik Sains yang dikupas bersama adalah asal-usul penyangkut baju, fungsi anak kunci, kehebatan misai kucing, itik dapat terapung serta beberapa lagi persoalan mengenai hukum-hukum Sains yang dijelaskan dengan terperinci dalam komik ini.

Ditampilkan dengan kulit muka buku yang comel serta illustrasi yang berwarna-warni pasti dapat menarik perhatian kanak-kanak yang melihat pada pandangan pertama.

Bagi menambah elemen menarik buat komik ini, para pembaca sangat bertuah kerana dihidangkan dengan grafik pelbagai bentuk yang pasti memberikan gambaran mudah dan tepat dengan segala fakta Sains yang diterangkan.

Selain itu, bahan bacaan edu-komik ini sangat tepat sekali untuk diberikan kepada kanak-kanak yang teruja untuk mengenali alam sekeliling kerana mereka juga boleh menguji pengetahuan tentang Sains dengan menjawab soalan di Kuiz Kuark yang dilampirkan di setiap penghujung topik.

Lebih menarik lagi, komik ini merupakan di antara komik mata pelajaran Sains bestseller di Indonesia dan kini PTS bawakan khas kepada adik-adik cilik dalam versi Bahasa Melayu.

Oleh itu, tiada alasan lagi buat para ibu bapa di luar sana untuk berasa ragu-ragu ingin membeli komik ini!

Mungkin selepas memiliki buku ini, adik-adik boleh menceritakan tentang ilmu Sains yang dipelajari kepada rakan-rakan di sekolah  sekaligus lebih seronok jikalau dapat menerokai dunia Sains secara beramai-ramai.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan komik ini!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020