Artikel

Komik Sains: Oh, Semua A: Bumi & Alam Semesta

oleh Aminah Harun pada 15 Jul 2014

Bagaimana mendapatkan keputusan cemerlang dalam subjek sains? Anda ingin menguasai teori atau fenomena sains dengan mudah dan tidak membosankan?

Bagi para pelajar yang merasakan subjek sains adalah sukar, kini tidak perlu risau lagi kerana Oh, Semua A: Bumi & Alam Semesta akan membantu para pelajar mempelajari subjek sains dengan mudah. 

Keistimewaan buku ini adalah memiliki ciri-ciri yang menarik minat para pelajar untuk mendalami ilmu sains dengan lebih mendalam. Ciri-ciri yang terdapat dalam buku ini seperti gambar dan ilustrasi kartun yang menarik, fakta yang ringkas dan jelas, dan juga pelbagai informasi terkini serta penting yang perlu diketahui oleh para pelajar.

Antara ciri lain yang menjadi tarikan kepada pembaca adalah bahagian pop kuiz yang mana ia membantu para pelajar untuk lebih memahami konsep-konsep baru melalui bahagian ini. Terdapat lebih daripada 40 tajuk menarik tentang sains dalam buku ini.

Di samping itu, bagi para pelajar ataupun guru sekolah yang ingin menjadikan buku ini sebagai buku rujukan di sekolah bolehlah melakukan sedemikian kerana, buku ini telah pun disemak oleh guru profesional dari Malaysia.

Buku ini telah pun dijadikan sebagai buku rujukan di sekolah-sekolah di Korea dan Jepun. Selain fakta-fakta sains yang menarik, pembaca juga dapat mengetahui daya tarikan pelancongan tempat-tempat menarik di Korea.

Bagi anda yang ingin memiliki buku ini bolehlah mendapatkannya di kedai-kedai buku berkaitan dengan harga yang berpatutan atau layari www.bookcafe.com.my untuk mendapatkannya secara online.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024