Artikel
Kompilasi Terbaik Dear Yayah The Comics kini di Popular
oleh Roziyah pada 06 Sep 2011
Hadiah kepada semua peminat buku penulis remaja popular, Farihah Iskandar kini tampil dengan kompilasi 3 buah komik Dear Yayah dalam satu buku istimewa.
Lebih menarik komik ini tampil dalam versi berwarna sepenuhnya. Selain itu sticker eksklusif Dear Yayah juga disediakan kepada semua peminat-peminat siri Dear Yayah.
Dapatkan The Best Of Dear Yayah The Comics hasil karya Farihah Iskandar dan Ard One ini khas di rangkaian kedai buku Popular sahaja.