Artikel

KUIH GULUNG

oleh Roziyah pada 04 Aug 2011

Bahan Kulit [batter]
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak
1 1/2 cawan air jus pandan
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 1/2 cawan air dan tapiskan]
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti:
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
1/2 cawan air
1 biji kelapa parut muda
2 helai daun pandan [koyak dan simpulkan]

Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan


TIPS
Inti kuih yang berlebihan boleh disejuk bekukan dan digunakan untuk kuih lain saperti kuih koci, badak berendam atau kuih bom.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025