Artikel

Lengkapkan Cuti ini Dengan Super Seronok Komik-M

oleh Zikri Musa pada 24 Dec 2012

Buat peminat Komik-M, pasti ketika ini sedang berada di tempat percutian bersama keluarga. Selain seronok melancong ke tempat yang menarik, lengkapkan cuti kawank-kawan dengan koleksi komik Super Seronok Komik-M.

Dalam koleksi Super Seronok Komik-M ini, PTS memperkenalkan siri Dunia Kartun yang terdiri daripada, Lawak Budin Jr, Lawak orang Malaysia, Lawak Orang Bujang, Lawak Budak Sekolah, dan Dunia Kartun.

Paling terkini, kami menampilkan pelukis terkenal Imuda dalam karya beliau Lawak Budin Jr. Komik ini mengisahkan tentang Budin edisi kanak-kanak yang ceria, kelakar, bijak, dan aktif. Dia adalah punca masyarakat sekitarnya sentiasa ceria. Teruskan keceriaan cuti sekolah adik-adik dengan membaca Dunia Kartun Lawak Budin Jr ini.

Selain Lawak Budin Jr, Komik-M juga baru menerbitkan Lawak Orang Malaysia. Kawan-kawan semua mahu tahu apa celoteh dan gelagat orang Malaysia ? Karya Nud’s@Nudin tampil dengan karya terbaik. Pelbagai lawak serta gelagat orang Malaysia boleh kita lihat dalam komik ini. Buku ini ibarat mykad, tanpanya anda bukan orang Malaysia.

Dunia Kartun Lawak Orang Bujang pula merupakan himpunan komik kelakar daripada pelukis komik Babab Boi. Komik ini sesuai untuk semua orang bujang, orang yang pernah bujang dan juga orang yang bujang kembali serta kawan-kawan di luar sana. Lawak Orang Bujang mempunyai 100 komik lawak yang bakal menjanjikan keceriaan adik-adik semasa cuti sekolah ini. Wah seronoknya!

Kawan-kawan tidak cukup bahan untuk ketawa ya? Bersedialah kerana pelukis komik paling kelakar di planet ini kembali beraksi. Sebaik sahaja kawan-kawan mengambil keputusan mahu membeli komik ini, bersedialah untuk mendapat virus ketawa tanpa henti-henti. Lawak Budak Sekolah, karya Poyo mampu menyuntik virus ketawa yang bakal menceriakan kawan-kawan nanti.

Bagi melengkapkan lagi cuti kawan-kawan, di tampilkan juga komik Dunia Kartun hasil karya Alif Firdaus Aziz. Komik ini menampilkan 200 buah cerita kelakar. Semuanya dilukis dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Hebat!

Sungguh hebat bukan kawan-kawan? Jadi tunggu apa lagi? Marilah beramai-ramai memeriahkan cuti kawan-kawan dengan buku-buku PTS. Baru seronoknya cuti!!!  

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024