Artikel

LOVE HOPE : PTS Tunai Impian Pembeli Bantu Negara Islam yang Bergolak

oleh Roziyah pada 27 May 2014

Bagi meraikan Ramadan, tahun ini PTS membawa kelainan dengan menghantar misi kemanusiaan ke negara-negara Islam yang bergolak. Membawa tema Love Hope, PTS bermatlamat berkongsi kegembiraan Ramadan bersama masyarakat Islam yang memerlukan.

Pembeli setia buku-buku PTS juga berpeluang berkongsi kegembiraan membantu masyarakat Islam dalam dan luar negara yang memerlukan. Bermula penghujung Mei ini, PTS akan melancarkan kempen Love Hope.

Melalui kempen Love Hope ini, RM1 daripada keuntungan jualan buku dengan logo Love Hope akan disalurkan ke tabung saudara-saudara Islam tempatan dan antarabangsa. Dana tersebut akan disalurkan kepada negara-negara Islam bergolak seperti Syria, Palestin, Mesir dan etnik Rohingya. Selain itu, PTS juga akan menyalurkan sejumlah dana kepada penduduk di Malaysia yang memerlukan..

PTS juga akan bekerjasama secara terus dengan Aman Palestin Malaysia serta Muslim Care Malaysia bagi menyampaikan dana secara terus kepada negara-negara yang dipilih.

Pembeli buku boleh menyumbang bersama PTS dengan membeli buku-buku keluaran di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia atau layari www.pts.com.my/lovehope bagi maklumat lanjut. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024