Artikel

Membongkar Misi Terselindung: Konspirasi Dajal

oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid pada 29 Oct 2013

Kemunculan Dajal pada akhir zaman sudah termaktub dalam Al-Quran dan hadith.

Golongan manusia khususnya umat Islam harus sedar akan propaganda Dajal dalam menyesatkan pemikiran dan iman agar tidak mudah terjerat dengan tipu helahnya.

Buku bacaan Islam dan umum Konspirasi Dajal telah merungkai misteri dan menjawab persoalan penting terhadap kebangkitan Dajal pada akhir zaman.

Menurut hadith-hadith yang berbeza, pembaca akan terdedah dengan sejarah kewujudan Dajal serta latar belakangnya dan rupa paras fizikal Dajal itu sendiri.

Dajal turut dikenali sebagai manusia multidimensi yang boleh wujud dalam pelbagai keadaan berdasarkan pandangan berbeza.

Hanya manusia berpegang teguh dengan iman sahaja yang tidak mudah terpengaruh dengan ancaman Dajal.

Dunia akhir zaman mampu merubah segalanya jika Dajal menguasai alam kerana fitnah yang dibawanya terlalu besar.

Selain itu, Konspirasi Dajal turut memaparkan fitnah yang dilakukan Dajal seperti mengaku sebagai Nabi dan Tuhan, Dajal mampu menghidupkan orang mati, serta penulis menyediakan cara untuk berlindung daripada fitnah itu.

Konspirasi ini turut memperkenalkan kisah di sebalik Imam Mahdi dan Isa Bin Maryam.

Kewujudan Yakjuj dan Makjuj yang membawa kerosakan di muka bumi turut dipaparkan sebagai pendedahan kepada manusia bahawa kerosakan itu berlaku disebabkan tindakan ciptaan Yakjuj dan Makjuj sendiri.

Lebih menarik lagi, buku ini turut mendedahkan tanda-tanda berlakunya kiamat.

Pendedahan ini bukan ingin menakutkan manusia malahan mengingatkan hamba Nya agar terus bertaqwa kepada Allah s.w.t dan bersiap sedia dalam menempuhi hari akhirat.

Dapatkan buku Konspirasi Dajal bagi menyingkap segala agenda tersembunyi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024