Artikel
Memupuk Minat Dan Cita-Cita: Sekiranya Aku Menjadi Jurutera
oleh Tie Maryam Tajuddin pada 05 Feb 2014
‘Saya mahu menjadi segagah Platform XTA-02, seberani gelombang di tengah laut.’ Begitulah cita-cita dan semangat seorang remaja yang bernama Riesna binti Zambri.
Minatnya bermula selepas mengikuti lawatan sekolah ke Petrosains KLCC mungkinkah akan tercapai suatu hari nanti biarpun mendapat halangan daripada ibunya.
Riesna menyertai suatu pertandingan menulis esei yang ditaja oleh Petrochem Oil and Gas Co.
Hasil penulisannya yang bertajuk ‘The Oil and Gas Insustry’ itu berjaya dinobatkan sebagai esei terbaik sekaligus merangkul hadiah wang tunai sebanyak tujuh ribu ringgit, sijil penyertaan, trofi, dan juga tawaran eksklusif ke pelantar minyak di Laut China Selatan yang berpangkalan di Kerteh, Terengganu.
Pada awalnya, tawaran lawatan ke pelantar minyak hanya rekaan Riesna supaya Zara cemburu dengannya.
Namun, tidak disangka-sangka, tawaran itu benar-benar diberi apabila seorang eksekutif pihak itu datang ke rumah Riesna bagi menawarkan peluang itu sempena cuti sekolah yang akan datang.
Riesna berasa seronok dengan tawaran yang jarang diperoleh oleh orang lain. Riesna dibenarkan membawa empat orang rakannya sebagai teman.
Sepanjang lawatan berlangsung, mereka didedahkan dengan gerak kerja semua kru-kru di pelantar minyak, cara mereka bekerja, pengalaman mereka sepanjang bekerja, dan sebagainya.
Namun, sesuatu berlaku semasa mereka di sana, suatu kebocoran paip minyak berlaku menyebabkan keadaan menjadi kecoh.
Riesna dan rakan-rakannya turut berada dalam situasi genting itu. Pada ketika itu, Riesna juga tidak ubah seperti offshore engineer yang tidak kurang hebatnya.
Adakah masalah itu dapat diselesaikan? Ikuti kisah Riesna yang mungkin mampu menyuntik minat terhadap dunia kejuruteraan dalam diri setiap remaja.