Artikel

Menjadi Wanita Sehebat Asmaul Husna

oleh Roziyah pada 06 Apr 2011

Asmaul Husna adalah nama-nama Allah yang mulia yang terkandung di dalam Quran yang mana pada tiap-tiap nama itu mengandungi fadilatnya yang tersendiri. Sekiranya diamalkan setiap hari, kita dapat merasai fadilatnya yang mampu menerangi kehidupan di dunia ini. Antara fadilatnya ialah kita dimurahkan rezeki, dibersihkan hati, diselamatkan daripada bala, disembuhkan daripada penyakit, dan pelbagai fadilat lain yang menjanjikan kebahagiaan dan kesejahteraan buat para pengamalnya.

Secara umumnya, lelaki mahupun wanita yang mengamalkan Asmaul Husna dalam kehidupan mereka, mampu menjadi insan super yang disegani lagi dihormati. Persoalannya, sejauh mana seseorang wanita itu boleh mencapai tahap muslimah super?
Wanita yang mahu menjadi muslimah super, asas utamanya adalah Allah. Allah perlu diletakkan paling atas daripada segala-galanya. Bahkan niat bagi melakukan sesuatu perbuatan perlu kerana Allah. Sekiranya niat awalnya bukan kerana Allah, tetapi lebih didorong oleh keinginan memperoleh harta, jabatan, kecantikan dan sebagainya, secara tidak langsung, anda berpijak di atas asas yang rapuh. Al-Quran mengumpamakan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah, seperti 'labah-labah yang membuat rumah'.

Buku Wanita super adalah wanita hebat yang menjadikan Allah melalui 99 nama Allah yang indah sebagai hiasan hidupnya, lahir dan batin. Nama-nama Allah yang indah tidak hanya dibacanya, tetapi difahami maknanya, dihayati dan kemudian diaplikasikan setiap nama itu dalam kehidupannya. Ia menjadi muslimah kebanggan Allah kerana menjalankan fungsinya sebagai hamba-Nya yang menyebarkan ajarannya kepada umat manusia. Inilah yang dinamakan Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna.

Dapatkan buku Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna yang menjadi pembimbing kepada wanita-wanita ini khas di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini.

PBAKL berlangsung di PWTC bermula pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ini. Layari minisite PTS di www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti PTS sepanjang PBAKL 2011 ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025