Artikel

Menjelang PBAKL 2011: Temui Sasterawan Negara Di Booth PTS

oleh Roziyah pada 18 Apr 2011

Kurang seminggu semua penerbit, penggiat buku dan peminat buku tempatan akan meraikan pesta buku terbesar di Malaysia.

Melalui Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini, PTS turut mengambil tempat di PBAKL 2011 membawakan Sasterawan Negara (SN), Dato' A. Samad Said yang tidak asing dalam dunia penulisan di Malaysia dan Asia.

Lebih menarik, kali ini Dato' A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad juga membawakan koleksi lengkap Siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara khas buat peminat beliau.

"Melalui koleksi buku kanak-kanak yang sudah terbit secara kelompok ini memungkinkan saya lebih mudah bercerita bagaimana buku-buku itu diilhamkan dan ditulis.

Mungkin juga bagi yang ingin tahu mengapa hanya itu sahaja siri kanak-kanak yang ditulis padahal saya boleh menghasilkan lebih banyak lagi siri kanak-kanak," jelas Pak Samad yang ditemui wakil media PTS baru-baru ini.

Selain itu, Pak Samad dijangka akan hadir dengan hasil tangan agung dan amat bererti bagi beliau sepanjang pembabitannya dalam dunia penulisan ini. Apakah hasil tangan itu? Nantikannya di PBAKL 2011 yang berlangsung pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.

Jangan ketinggalan meriahkan PBAKL dan beramah mesra dengan SN A. Samad Said di booth PTS pada 1 Mei 2011 ini.

Layari juga minisite PTS@Pesta Buku 2011 dengan klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut berita terkini dan aktiviti PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025