Artikel

Menziarahi Rumah Allah: Bahagianya apabila Hajimu Diterima Allah

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 18 Jul 2014

Menunaikan haji merupakan rukun Islam yang kelima. Sudah tentu kita semua mahu mendapat haji yang mabrur iaitu diterima Allah s.w.t. 

Bagaimanakah caranya? Segala jawapan terkandung dalam buku yang berjudul Bahagianya apabila Hajimu Diterima Allah. Buku ini adalah hasil karya Fahrur Muis, yang juga merupakan penulis buku Bahagianya apabila Solatmu Diterima Allah.

Buku ini menerangkan kepada pembaca tentang persediaan sebelum dan semasa menunaikan haji atau umrah. Perbincangan tentang haji dijelaskan secara teliti supaya pembaca mendapat kefahaman yang jelas dan nyata.

Antara isi kandungan buku ini adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum perjalanan haji, manasik haji dan umrah, umrah, fiqh haji untuk wanita, langkah-langkah ibadah haji, berziarah ke madinah, dan juga doa-doa pilihan semasa haji dan umrah.

Buku yang mengandungi ilmu-ilmu akidah dan fekah ini sangat dituntut oleh pembaca di luar sana untuk mendapatkannya. Bukan kerana isi kandungannya sahaja, malah, ia juga dicetak bergambar dengan 100% warna supaya pembaca boleh memahami dengan lebih jelas.

Selain itu, diselitkan juga teks bahasa Arab berbaris serta terjemahan bahasa Melayu yang mudah. Buku ini juga menggunakan jadual supaya isi dapat disampaikan secara terus, ringkas, dan padat. Dapatkan buku ini di pasaran untuk membimbing para pembaca dalam menunaikan Haji.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024