Artikel

Merungkai Persoalan: Apa Salah Syiah?

oleh Hairul Faizal Adli bin Ab Ghani pada 18 Aug 2014

Persoalan berkenaan kebenaran ajaran Syiah kini menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Mungkin ada yang sengaja mempersoalkan kesahihannya dengan soalan mudah, “Apa Salah Syiah?” Ini kerana, ajaran Syiah kelihatan seolah-olah tiada perbezaan dengan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah.

Namun, mengapa ajaran ini seringkali ditolak, difatwakan sebagai sesat, diharamkan ajarannya, dan dilabel sebagai bukan Islam? Buku ini tampil menjelaskan segala kekeliruan yang sering bermain di fikiran masyarakat.

Buku ini sarat dengan bukti dan fakta, mendedahkan segala kesesatan dan penipuan golongan ektremis ini.  Buku ini akan membuka kisah-kisah sebenar di sebalik ajaran ini.

Imam al-Bukhari berkata, “Aku tidak peduli siapa di belakang siapa aku bersembahyang, sama ada golongan Jahmi atau Syiah Rafidhah atau di belakang Yahudi ataupun Kristian (maksudnya sama sahaja antara golongan itu). Golongan ini tidak perlu diberi salam apabila bertemu, tidak perlu diziarahi ketika sakit, tidak halal perkahwinan mereka, tidak boleh dijadikan saksi, dan tidak halal sembelihan mereka.”

Imam Abu Zur’ah Ar-Razi berkata, “Apabila kamu melihat seseorang yang mencela mana-mana sahabat Rasulullah saw, ketahuilah bahawa dia adalah seorang Zindiq (murtad), kerana ucapannya membawa kepada terbatalnya Al-Quran dan sunnah.”

Apa salah Syiah? Mengapa ia difatwakan sesat dan diharamkan? Pelbagai persoalan menghantui umat Islam tentang ajaran ini.

Buku ini akan menjawab setiap kekeliruan anda beserta bukti dan fakta yang mendedahkan segala penipuan dan kesesatan golongan ekstremis ini. Selesaikan kekeliruan anda dengan buku yang padat dengan kisah sebenar di sebalik ajaran Syiah ini.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024