Artikel

Miss Biola @ PBAKL 2012

oleh Abdul Hakim Khairuddin pada 22 Apr 2012

Karya ahli Kelab Penulis Muda PTS, Nasrin Arisya ini dilihat banyak mengisahkan kehidupan suka duka seorang pelajar dalam mengharungi sebuah kehidupan. Penulis cuba membawa pembaca menyelami dunia kanak-kanak lantas dapat mengimbau zaman silam kita sewaktu kecil.

Mengisahkan Maira, anak bongsu kepada pasangan Amir dan Irdayu yang amat meminati muzik biola. Walaupun pada mulanya minatnya dipendam, namun ayah dan ibunya dapat mengetahuinya juga.

Ketika menjelang sambutan hari jadinya, dia mendapat hadiah yang paling bermakna dalam hidupnya. Ayahnya mendaftarkan dia ke dalam kelas biola. Di permulaan inilah, minatnya dan keinginannya mula bertambah.

Hana, rakan baru Maira semenjak berpindah di sekolah baru sering menemaninya. Bahkan, di dalam kelas pun mereka duduk bersebelahan. Maira semakin serasi dengan Hana memandangkan mereka selalu ke mana sahaja bersama. Hana lah merupakan orang yang pertama mengetahui minat Maira dalam muzik biola.

Maira mendapat perkhabaran gembira apabila mengetahui akan diadakan satu pertandingan biola di sekolahnya. Dia begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk turut serta. Ditemani oleh rakan karibnya, Hana, mereka berdua bersama-sama berjumpa cikgu Masni untuk mengambil boring pertandingan.

Novel terbitan PTS One ini akan membuatkan pembaca mengimbau kembali zaman kehidupan kanak-kanak. Sesekali penulis menyelitkan gurau senda dan gelak tawa kehidupan dalam berkeluarga. Untuk maklumat lanjut, sila klik imej di bawah. Juga boleh dapatkan di Arena Buku PTS 2012 di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC bermula 27 April hingga 6 Mei 2012.

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024