Artikel

Muslimah Yang Diimpikan: Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan

oleh Nurul Aida pada 15 Nov 2013

Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Alangkah beruntungnya menjadi wanita. Tambah beruntung lagi, sekiranya menjadi wanita Islam.

Tiada dalam mana-mana agama atau kepercayaan yang mengangkat tinggi martabat wanita pada tempat yang sepatutnya, melainkan Islam.

Dalam fasa kehidupan wanita, antara saat-saat pengalaman hidup yang paling manis dan indah adalah ketika bergelar seorang gadis.

Karakter dan fitrah seorang gadis penuh dengan pelbagai warna ceria dan mereka sentiasa melakukan apa yang terbaik untuk insan sekeliling mereka.

Islam adalah agama yang memenuhi fitrah seorang gadis, menyediakan manual kehidupan yang menjamin kebahagian para gadis di dunia dan akhirat.

Buku Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan menghimpunkan panduan untuk gadis yang diekstrak daripada Al-Quran dan hadis.

Dengan gaya penulisan yang santai dan mudah difahami, buku ini akan membimbing para gadis menjalani kehidupan mereka dengan penuh iman, bahagia, dan bermaruah.

Inilah buku yang akan menyuburkan jiwa dan menyuntik inspirasi para gadis pilihan dalam Islam.

Buku ini menyentuh tentang realiti dan dilema para gadis generasi moden. Mereka dibawa menelusuri sejarah nabi dan para wanita solehah yang hidup sezaman dengan Rasulullah.

Betapa ajaibnya Islam. Masalah gadis moden rupa-rupanya sudah ada penyelesaian dan panduannya sejak zaman Rasulullah lagi.

Betapa beruntungnya para gadis, Islam sentiasa menjaga maruah dan mengangkat martabat mereka.

Nikmatilah keindahan zaman gadis dan hayatilah mutiara hikmah dalam buku ini. Jadilah gadis yang akan dicemburui oleh para bidadari syurga.

Dapatkan buku ini dengan segera di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025