Artikel

“Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya” Adalah Hadis Lemah dan Palsu

oleh Abdullah pada 12 Jan 2018

Hadis adalah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad sama ada dari segi perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau pengakuan (tqrir) atau sifat-sifat beliau sama ada sifat-sifat fizikal atau sifat-sifat peribadi.

Tidak semestinya hadis yang mempunyai makna yang cantik dan disandarkan kepada Nabi Muhammad saw adalah sahih walaupun ianya popular dikalangan masyarakat kita.

Kadang-kadang ada juga ustaz yang berceramah di masjid menggunakan hadis yang palsu atau lemah walaupun ianya mempunyai makna yang boleh memotivasikan.

MENARIK: Hadis Palsu Yang Sering Kita Dengar ini Sebenarnya Palsu

MENARIK: Kisah Hentakan Kaki Nabi Ismail Mengeluarkan Air Zam-Zam Sebenarnya Palsu

Hukum menyampaikan hadis daif (hadis yang lemah), para sarjana hadis membolehkan untuk menyampaikan atau menyebut hadis daif tanpa dinyatakan bahawa hadis itu adalah daif, kecuali hadis maudhu’ (hadis palsu).

Manakala, Hadis Palsu adalah haram hukumnya untuk disebarkan kepada orang ramai. Allah berfirman di dalam al-Quran, surah al-An’am, ayat 144,

 

فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا لِيُضِلَّ النَّاسَ بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.”

Hadis: Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya
أَنَا مَدِيْنَةُ اْلعِلْمِ وَعَلِيٌّ بَابُهَا

Maksudnya: “Aku adalah kota ilmu, dan ali itu adalah pintunya.”

Dalam buku 40 Hadis Palsu dan Lemah Yang Popular, tulisan Abdul Razak Muthalib mengulas hadis ini yang diambil dari Ibn Taimiyah, yang berkata: ini adalah hadis daif, bahkan maudhu’ di sisi para sarjana hadis.

Abdul Razak Muthalib

(Abdul Razak Muthalib. Foto- Facebook)

Al-Hakim menyebut hadis ini dalam bukunya al-Mustadrak daripada hadis Abdullah bin Abbas dan Jabir bin Abdullah, dan semua sanadnya adalah daif. az-Zahabi memberi komen terhadap hadis ini dengan, katanaya,

“Bahkan ianya adalah maudu’.”

Abdul Razak dalam bukunya menulis lagi, hadis palsu ini kadang-kadang digunakan oleh golongan syiah untuk menyatakan kedudukan mulia Ali bin Abi Talib di sisi Rasulullah. Mereka beranggapan, Ali lah yang sepatutnya menggantikan Rasulullah saw selepas baginda wafat.

MENARIK: Ucapan Seorang Lelaki Miskin di Bulan Ramadan ini Membuatkan Rasulullah SAW Tersenyum

Dr. Maza

(Foto: Malay Mail Online)

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam bukunya Hadis Palsu: Kesan Terhadap Imej Islam menyenaraikan beberapa kesan negatif jika hadis palsu disebarkan:

  1. Merosakkan akidah yang murni

  2. Menjatuhkan nilai kewibawaan agama

  3. Menjadikan nas-nas Islam saling bercanggah

  4. Menjadikan hadis bercanggah dengan realiti dan akal yang waras

  5. Punca percambahan pemikiran sesat

  6. Memundur dan menyusahkan urusan umat Islam

  7. Menjatuhkan imej tokoh-tokoh Umat

  8. Memalingkan manusia daripada pelbagai sunnah yang sahih

Klik di sini untuk memiliki buku 40 Hadis Palsu dan Lemah Popular

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024