Nikmati Aroma Masakan Ala Kampung : Kompilasi Resipi Warisan

oleh Amirah pada 14 Mar 2014

kaver_kompilasi_final_web2-01-240x322

Mahu menikmati hidangan ala kampung, tetapi sukar mencari hidangan itu di tengah-tengah bandar besar?

Mahu memasak, tetapi tidak pasti bahan-bahan serta cara memasak? Ini jalan alternatifnya.

Buat pertama kali, lapan buah buku Siri Resipi Warisan Chef Hanieliza dihimpun menjadi Kompilasi Resipi Warisan.

Sebanyak 46 resipi hidangan baru turut disertakan dalam buku masakan ini yang merangkumi hidangan bubur, pengat, serta pulut.

Selain itu, turut dimuatkan hidangan menarik seperti kekacang, ubi dan keledek, kuih-muih, masakan berkuah, sayur, ikan air tawar, lauk-pauk, dan kerabu.

Kesemua resipi hidangan ini sangat mudah dan ringkas, malah mampu dicuba oleh sesiapa sahaja sama ada mereka yang sudah mahir memasak ataupun mereka yang mahu mendekatkan diri di dapur.

Dengan masa penyediaan kurang daripada satu jam, pelbagai menu dapat disajikan.

Bagi yang akan menerima kehadiran tetamu pula, jangan khuatir hidangan yang disediakan itu mencukupi ataupun berlebihan, kerana dalam buku ini dinyatakan bilangan orang untuk setiap resipi. 

Dengan harga yang berpatutan dan ilustrasi yang mampu membangkitkan deria rasa, pasti berbaloi penggemar masakan memiliki Kompilasi Resipi Warisan ini.