Artikel

Novel Huyan & Mimpy Bertahan Selama 41 Tahun - Angkat kehidupan Selatan Thailand 1977

oleh Asri Yussof pada 15 Jan 2018

Huyan dan Mimpy (terbitan PTS Litera, 2011) atau tajuk asalnya Butterfly and Flowers yang ditulis oleh Nippan atau nama sebenarnya Makut Oradee pada tahun 1977 ini pernah memenangi hadiah Anugerah Kesusasteraan yang berprestij di Pesta Buku Kebangsaan Thailand di Bangkok.

Huyan dan Mimpy - bookcafe

Klik di sini untuk memiliki novel ini di Bookcafe.com.my sempena #HujanDiskaun

Novel yang mengambil latar tempat di Selatan Thailand ini menggambarkan kehidupan masyarakat muslim di sana pada ketika itu. Mengisahkan tentang Huyan, seorang kanak-kanak yang nekad untuk berhenti sekolah semata-mata untuk mencari duit dari hasil menjual ais krim.

Kehidupan keluarganya yang miskin membuatkan beliau sebagai anak sulung perlu bekerja membantu ayahnya menyara dua adiknya yang lain untuk bersekolah. Daripada bermula dengan menjual aiskrim, belliau terlibat dalam penyuludupan beras.

Penyeludupan beras Thailand untuk dijual di Malaysia sehingga sekarang pun tetap mendatangkan untung yang agak lumayan. Penyeludupan dilakukan melalui gerabak keretapi.

Rakan baiknya, Mimpy sering berkongsi cerita kepada Huyan berkenaan minat dan impian, mereka berdua berhasrat untuk bersama-sama mengelilingi dunia dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.

Pada tahun 1985, novel ini diangkat menjadi filem yang diarahkan oleh Euthana Mukdasanit dan menjadi begitu popular di Thailand pada ketika itu. Setahun kemudian, pada 1986 pula, filem ini ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Hawaii dan memenangi anugerah Filem Terbaik.

Hujan Diskaun

Lihat Senarai Buku Sempena kempen #HujanDiskaun

Seperti filem-filem lain yang diangkat daripada novel sudah tentu sesebuah filem itu tidak mampu untuk menggambarkan keseluruhan plot dan jalan cerita 100% daripada novel.

Kesan pengarahan Euthana Mukdasanit lebih menjadikan novel ini benar-benar hidup, ada beberapa aksi yang ditambah dan plot-plot yang sedikit diubah dari teks asal yang lebih memberi kesan.

Klik di sini untuk menonton trailer filem ini

Mimpy mengajar kita untuk sering membaca agar mengenal dunia yanglebih luas dan berjalan jauh (menggembara). “Berjalan jauh banyak banyak mengajar manusia bagi mengenal dunia.” Kata Mimpy

Karya Nippan ini sarat dengan kritikan sosial, sekaligus ianya membuka minda para pembacanya.

“Sahabat baik akan menolong antara satu sama lain apabila mereka saling memerlukan, bila-bila masa sahaja, bagi majikan pula, mereka langsung tidak hairan dengan perkara sebegini. Kita bekerja dengan mereka untuk mendapatkan sedikit wang. Apabila kerja selesai, hubungan pekerja dan majikan terputus di situ sahaja. Bagi mereka, kerja itu lebih penting daripada segalanya. Wang mereka lebih berharga dari nyawa kita.” (hlm 215)

Sumber: Ceritakan Kelantan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024