Artikel
Pak Wisnu Bakal Gamatkan PBAKL 2011: Promosi Buku Terbaru Bersama PTS
oleh Roziyah pada 10 Mar 2011
Penulis buku-buku sensasi PTS, Bapak Muhammad Alexandar bakal menggamatkan booth PTS pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang akan menemui peminat buku di Malaysia tidak lama lagi.
Bapak Alexander atau lebih dikenali sebagai Pak Wisnu dibawa khas dari Indonesia bagi membicarakan buku-buku sensasi beliau yang diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn Bhd.
Antara buku-buku best-seller beliau yang sentiasa mendapat sambutan di pasaran termasuklah Yakjuj Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung, Armageddon 2012 dan banyak lagi.
Lebih menarik, beliau juga akan membawakan buku terbaru beliau yang dijangka mendapat sambutan hangat di pasaran. Melalui PBAKL 2011 ini, beliau juga turut mempromosikan buku Jakjuj Makjuj 2: Lima Golongan Pemusnah.
Pada masa yang sama, PTS Islamika juga akan mengadakan diskusi buku bersama Pak Wisnu.
Sekiranya sebelum ini terdapat banyak persoalan yang ingin dikemukakan kepada penulis buku sensasi ini, kini tuan dan puan boleh bertanya secara langsung dengan penulisnya sendiri dalam program yang dirancang PTS.
PTS Islamika juga membuka peluang kepada mana-mana organisasi dan media yang ingin mengadakan aktiviti bersama Pak Wisnu. Mereka yang berminat menjemput Pak Wisnu dalam aktiviti mereka boleh diemailkan terus kepada Tuan Imran Azmi di [email protected].