Artikel

PBAKL 2011: Ilmuan Nusantara Papar Sejarah Ilmuan Terhebat

oleh Roziyah pada 08 Apr 2011

Hadis yang direkodkan oleh Imam Tirmizi, Imam Ahmad, Imam Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah dan disahkan oleh Imam Hakim dan Ibnu Hibban. Ulama adalah pewaris para nabi namun Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil warisan itu, dia mewarisi bahagian yang banyak.

PTS Islamika sekali lagi tampil dengan buku menambahkan ilmu kepada pembacanya. PTS Islamika membawakan buku Ilmuan Nusantara: Mutiara Ilmu Tanah Serumpun yang memaparkan tokoh-tokoh ilmuan Islam sekitar nusantara.

Buku ini memaparkan biografi dan kisah kehidupan tokoh di Nusantara. Antara tokoh yang dipaparkan termasuklah Prof Dr Hamka, Syeikh Abu Bakar Al-Ash’ari, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim dan ramai lagi.

Pembaca dapat mengenali dengan lebih dekat tokoh ilmuan ini bermula dari awal kelahiran, sumbangan dan pemikiran mereka sehingga akhir hayat mereka.

Dapatkan buku yang menambahkan pengetahuan mengenai tokoh ilmuan yang berjasa di nusantara ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 yang berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024