Artikel
PBAKLXSHOPEE2021: Peluang Pencinta Buku menikmati Diskaun Menjadi-Jadi!
oleh Norkhairissa Khalid pada 19 Mar 2021
Pandemik 2019 sedikit sebanyak telah memberi kesan dan menyebabkan pelbagai sektor ekonomi lumpuh kerana terhentinya jualan. Antara yang terkesan adalah sektor perbukuan apabila tertangguhnya PBAKL2020 pada tahun lepas. Berikutan itu, PBAKL yang telah diformasi secara dalam talian iaitu KLIBF seiring dengan dunia digital kini memberi peluang pencinta buku untuk mendapatkan buku pilihan di samping memastikan budaya suka membaca buku terus hidup.
Seperti tahun sebelum ini, pada tahun ini juga PTS menjadikan platform Shopee sebagai kolaborasi bersama-sama dalam menjayakan KLIBF. Dengan tema Pavillion PTS Penganjuran PTS PBAKLXSHOPEE kali ini menawarkan pelbagai promosi, jualan mengejut dan baucer digital yang boleh dimenangi oleh setiap pelanggan.
Antara tawaran promosi yang menanti adalah:

Voucher
-Pembelian minimum RM50 akan mendapat rebate RM5 untuk tempoh terhad
—Pembelian minimum RM70 akan mendapat diskaun 12% untuk tempoh terhad
Bundle deals
Beli mana-mana 3 siri buku yang sama akan mendapat 15% diskaun
Gift With Purchases (GWP)
Pembelian diikuti dengan hadiah-hadiah menarik. Antara hadiah yang menanti poster,kalendar, non-woven bag dan penanda buku dari PTS sendiri. Setiap pembeli hanya perlu memilih dua daripada 4 hadiah.
RM7 Deals
Pembelian buku-buku PTS hanya serendah RM7
Shocking Sales
Jualan mengejut dengan diskaun promosi menjadi-jadi sehingga 30%
Hot Products
Nikmati 2 buku yang popular PTS dengan harga promosi
Mall Sales
Diskaun besar-besaran di semua platform kedai buku PTS
Kedai Shopee rasmi PTS dan kesemua kedai buku PTS boleh didapati seperti berikut:

Penganjuran PTS dalam PBAKLXSHOPEE berlangsung selama 2 minggu iaitu bermula pada 19 Mac 2021 sehingga 4 April 2021. Kerjasama strategik PTS bersama PBAKL dan Shopee bukan sahaja menyediakan peluang kepada penganjur meningkatkan jualan malah peluang kepada pencinta buku untuk kembali menikmati pembelian cara baharu dalam keselesaan tanpa kesesakan. Buat mereka yang merindui dengan pesta buku, inilah masanya untuk anda mendapatkan kesemua buku-buku PTS dengan harga yang murah. Ayuh Jangan lepaskan peluang ini.
#Dudukrumahbacabuku
#Malaysiamembaca
#PestaBukuAntarabangsaKualaLumpur
#KualaLumpurInternationalBookFair
#PBAKLXSHOPEE2021