Artikel
Pekak, Hanyut & You Mean The World To Me Tercalon 8 Kategori Anugerah Majlis Pengkritik Filem KL
oleh Asri Yussof pada 14 Sep 2017
Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2017. Bagi mereka yang terlibat dalam industri filem tanah air atau mereka yang ikhlas menonton, semua sedang menunggu siapakah yang bakal dinobatkan dan berjaya di Anugerah Festival Filem Malaysia yang bakal diadakan tidak lama lagi. Tetapi dari pihak peganjur FFM dengarnya tidak akan mengeluarkan senarai pendek pencalonan.
Sebelum ini, kita dilanda perdebatan yang serius tentang wajah filem Malaysia dan wajah filem bahasa Melayu. Walaupun berpuluh tahun sudah kita merdeka dan membina sebuah negara Malaysia bersama-sama tetapi kita tetap tidak mampu mencari wajah yang sebenar. Kesian. Filem Jagat yang terkena.
Adakah keduanya perlu dibezakan ataupun tidak? Kita melihat peganjur sebelum ini tidak dapat untuk menguruskan isu dan kategori pencalonan dengan baik. Ramai yang beranggapan tidak wajar untuk kita meletakkan beza antara filem yang berbahasa melayu ataupun tidak kerana keduanya tetap lahir dari negara yang sama – Malaysia.
Tahun ini kita merayakan kemerdekaan ke-60 tahun. Adakah kita bakal mengulang kebodohan yang sama? Semoga kita tidak terjeremus ke dalam lembah yang hina ini.
Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur mendahului Festival Filem Malaysia dengan siap mengeluarkan senarai pendek pencalonan untuk Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur bagi tahun 2017.
Tiga buah filem yang mendapat pencalonan paling tinggi – sebanyak 8 kategori iaitu, Pekak, Hanyut dan You Mean The World To Me. Manakala, filem Interchange hanya mendapat pencalonan untuk 5 kategori sahaja, Adiwiraku-6, Rock Bro: Kembali ke Pangkal Jalan-2, Lebuhraya ke Neraka-1, Alif Dalam 7 Dimensi-1, dan Hijabsta Ballet-1.
Semua teruja dengan senarai pencalonan ini yang datang bukan dari pihak yang berautoriti atau mereka yang mempunyai kuasa pentadbiran yang luas. Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur hanya dianggotai oleh 16 orang muda yang sering memberi ulasan filem di blog. Tentu saja penerajunya adalah Fadli al-Akiti yang ulasannya sering ditunggu-tunggu di blog tontonfilem.
Berikut ini adalah senarai penuh pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2017:
PENGARAH TERBAIKMohd Khairul Azri Md Noor untuk Pekak
U-Wei Haji Saari untuk Hanyut
Dain Said untuk Interchange
Eric Ong untuk Adiwiraku
Saw Teong Hin untuk You Mean the World to Me
PELAKON LELAKI TERBAIKZahiril Adzim untuk Pekak
Khir Rahman untuk Rock Bro: Kembali ke Pangkal Jalan
Peter O’Brien untuk Hanyut
Frederick Lee untuk You Mean the World to Me
Khir Rahman untuk Lebuhraya ke Neraka
PELAKON WANITA TERBAIKSharifah Amani untuk Pekak
Diana Danielle untuk Hanyut
Prisia Nasution untuk Interchange
Sangeeta Krishnasamy untuk Adiwiraku
Yeo Yann Yann untuk You Mean the World to Me
SINEMATOGRAFI TERBAIKS’ham Mokhtar untuk Pekak
Arkadiusz Tomiak untuk Hanyut
Jordan Chiam untuk Interchange
Husni Hassan untuk Adiwiraku
Christopher Doyle untuk You Mean the World to Me
LAKON LAYAR TERBAIKMohd Khairul Azri Md Noor untuk Pekak
Mamat Khalid untuk Rock Bro: Kembali ke Pangkal Jalan
U-Wei Haji Saari untuk Hanyut
Jason Chong, Eric Ong dan Yentanamera untuk Adiwiraku
Saw Teong Hin untuk You Mean the World to Me
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIKAmerul Affendi untuk Pekak
Alif Satar untuk Aliff Dalam 7 Dimensi
Shaheizy Sam untuk Interchange
Adi Putra untuk Hanyut
Season Chee untuk You Mean the World to Me
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIKSharifah Sakinah untuk Pekak
Sofia Jane untuk Hanyut
Nur Irdina Tasnim Ishak untuk Adiwiraku
Neo Swee Lin untuk You Mean the World to Me
Betty Banafe untuk Hijabsta Ballet
FILEM TERBAIKPekak (Tengku Iesta Tengku Alaudin, Anizan Sarif dan Fazlynne Majid sebagai penerbit. Tengku Iesta Tengku Alaudin sebagai penerbit eksekutif)
Hanyut (Julia Fraser sebagai penerbit. U-Wei Haji Saari dan Kate James sebagai penerbit eksekutif)
Interchange (Nandita Solomon sebagai penerbit. Michael Lake dan Bobby Y.P. Wong sebagai penerbit eksekutif)
Adiwiraku (Jason Chong dan Khairul Anuar Latip sebagai penerbit. Jason Chong sebagai penerbit eksekutif)
You Mean the World to Me (Saw Teong Hin, Leonard Tee dan Alea Rahim sebagai penerbit. Najwa Abu Bakar sebagai penerbit eksekutif)