Artikel

Pelajari Teknik Fotografi dengan Kamera Kompak

oleh Roziyah pada 28 Jun 2011

Merakam foto bukannya mudah seperti yang disangkakan. Kadang kala, hasil foto yang dirakam tidak sempurna dan kurang menarik. Oleh itu, sebagai pengguna kamera kompak yang setia, kita perlu menguasai teknik-teknik penggunaan kamera kompak supaya hasil foto yang dirakam tampil jelas, menarik dan hebat.

PTS Net Media Sdn Bhd membawakan buku Foto Hebat dengan Kamera Kompak menarik dengan versi warna kepada khalayak peminat fotografi tempatan.

Melalui buku ini, pembaca dapat mempelajari teknik asas mempelajari penggunaan kamera kompak dengan lebih mudah. Begitu juga merakam foto menggunakan kamera handfon.

Apabila menguasai teknik penting ini, kita dapat mengaplikasikannya bagi merakam pelbagai suasana menarik sama ada ketika beriadah, menghadiri majli-majlis dan sebagainya. Akhirnya, hasil foto tuan dan puan pasti menjadi menarik sebagaimana hasil fotografi profesional melalui buku Foto Hebat dengan Kamera Kompak ini.

Buku yang menjadi panduan lengkap cara penggunaan kamera kompak ini juga memberi penjelasan perihal pilihan kamera yang sesuai, fungsi kamera serta aksesori kamera kompak yang perlu diketahui oleh pengguna kamera kompak.

Dapatkan buku Foto Hebat dengan Kamera Kompak ini dipasaran atau terus layari www.bookcafe.com bagi membeli secara online.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025