Artikel
Pelancaran Buku Bisnes & Pengurusan Meriah
oleh Helmi pada 23 May 2006
Majlis bermula dengan alunan muzik indah oleh kumpulan gamelan UIAM bagi menarik perhatian pengunjung Plaza Alpha Angle, Wangsa Maju. Dato’ Seri Abd. Rahman bersama isterinya tiba tepat pada pukul 2.30 petang.
Juruacara memulakan majlis dengan ucapan berkenaan tujuan dan matlamat program sebelum menjemput Faris Hasbullah bagi membaca doa memohon rahmat Tuhan.
Encik Rashid Azad Khan (CEO Kumpulan PTS) memberi ucapan yang hebat bagi mengalu-alukan kesudian Dato’ Seri hadir dan menceritakan latar belakang PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ucapan pelancaran Dato’ Seri juga tidak kurang hebatnya. Walaupun menerajui satu pertubuhan yang berpengaruh, ucapan beliau yang begitu merendah diri amat mengagumkan.
Juruacara pula memperkenalkan beberapa orang penulis selepas ucapan pelancaran Dato’ Seri.
Semoga dengan majlis pelancaran ini meningkatkan lagi kredibiliti PTS di persada dunia penerbitan dan menguatkan jaringan perniagaan bersama DPMM.