Artikel
Pelancaran Buku Dear Yayah di Hasani Edar, Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah
oleh Helmi pada 15 Dec 2009
Bagi peminat-peminat Farihah Iskandar yang berada sekitar Sungai Petani, Kedah, satu majlis pelancaran buku-buku dalam Siri Dear Yayah akan diadakan pada 19 November 2009, jam 2.00 petang di kedai buku Hasani Edar, Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah.
Kak Farihah akan berada di sana sempena majlis pelancaran buku beliau itu.
Jangan lupa dapatkan buku terbaru Farihah Iskandar yang baru sahaja terbit iaitu Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire. Diskaun istimewa 25 peratus ditawarkan bagi pembeli-pembeli buku karya Farihah ISkandar.
Rangkaian kedai buku Hasani Edar turut mengadakan Jualan Mega bermula 15 Disember 2009 hingga 10 Januari 2010. Diskaun sehingga 70 peratus ditawarkan (rujuk brosur di bawah).
Jadi, jangan lepaskan peluang ini membeli belah buku-buku PTS yang anda minati di Hasani Edar. Buat ibubapa, Hasani Edar turut menawarkan diskaun bagi pelbagai barang keperluan sekolah.