Artikel

Peluang Bertemu Ustaz Azhar Idrus

oleh Roziyah pada 21 Nov 2011

Peminat Ustaz Azhar Idrus di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang kini dapat bertemu secara langsung dengan ustaz yang dikenali ramai ini.

Tuan dan puan juga dapat bertemu Ustaz Azhar Idrus sepanjang November ini. Ustaz Azhar hanya mengadakan kuliah beliau sebanyak dua kali di Kuala Lumpur dan Selangor manakala kebanyakannya di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.

Peminat yang belum mendapatkan buku beliau bertajuk Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab mengenai Permasalahan Semasa boleh mendapatkan buku beliau di lokasi kuliah pengajian beliau.

Berikut dilampirkan jadual kuliah Ustaz Azhar sepanjang bulan November:


22 November 2011: Selasa Masjid Al Fatah Batu 3 Kuantan
23 November 2011: Rabu Surau Belakang Stadium Negeri K.Trg
24 November 2011: Khamis Masjid Wakaf Baru Kota Baru Kelantan
25 November 2011: Jumaat Surau Ladang Kuala Terengganu
26 November 2011: Sabtu Masjid Ihsan Bandar Kinrara Puchong Selangor
27 November 2011: Ahad Masjid Al-Falah USJ Subang Jaya Selangor
29 November 2011: Selasa Masjid Titian Baru Kedai Buluh Kuala Terengganu
30 November 2011: Rabu Masjid Pulau Ketam Kuala Terengganu

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024