Artikel
Pemenang Mengulas Buku Remaja dan Kanak-Kanak PTS Minggu Kedua
oleh Roziyah pada 19 Oct 2010
Pihak pengurusan PTS telah memilih pemenang Peraduan Mengulas Buku Remaja dan Kanak-Kanak PTS bagi minggu Kedua
Tempat Pertama : Damia Fakhira Bt Samsul Rizal mengulas buku Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire- hadiah buku PTS bernilai RM50
Tempat kedua : Alia Najihah mengulas buku Gadis Bubble Gum - hadiah buku PTS bernilai RM40
Tempat ketiga : Mohd Hakim Mohd Fadzi mengulas buku BSB: Perang Rumah Sukan - hadiah buku PTS bernilai RM30
Pihak PTS akan menghubungi pemenang melalui email. Setiap pemenang boleh memilih judul buku berdasarkan nilai hadiah yang dimenangi.
Hadiah akan dihantar dua minggu selepas pemenang memilih judul buku yang dikehendaki. Kos penghantaran hadiah akan ditanggung oleh pihak PTS.
Hadiah mingguan akan dihantar sebaik PTS menerima senarai buku yang dikehendaki oleh pemenang. Hadiah dihantar dua minggu selepas pemenang memilih judul buku yang dikehendaki. Penghantaran dibuat menggunakan pos biasa.
PTS mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.