Artikel

Pemenang Minggu Ketiga Peraduan Teka Judul Buku PTS 2010

oleh Roziyah pada 26 Oct 2010

Berita baik. Pihak penganjur Peraduan Teka Buku PTS berbesar hati mengumumkan pemenang hadiah minggu ketiga peraduan Teka Judul Buku PTS.

Berikut merupakan nama pemenang bagi hadiah minggu ketiga Peraduan Teka Judul Buku PTS.

Hadiah tempat pertama : Ahmad Uwais Bin Asmadi (910511-11-xxxx) yang memenangi Ipod Nano.

Hadiah tempat kedua : Muhammad Khairuddin Bin Ali (800423-11-xxxx) yang memenangi Kamera Digital Kodak.

Hadiah tempat ketiga : Nor Asyikin Binti Ab Hamid (890910-03-xxxx) yang memenangi telefon bimbit Nokia 2730.

Penganjur juga memilih 50 hadiah saguhati yang membawa pulang buku-buku PTS bernilai RM 25. Tuan dan puan boleh melayari http://pts.com.my/peraduan/ bagi melihat senarai pemanang saguhati Peraduan Teka Judul Buku PTS.

Semua pemenang akan dihubungi melalui telefon. Semua pemenang juga dikehendaki menghantar kad peraduan SMS dan resit pembelian buku sebagai bukti pembelian ke Jabatan Pemasaran, PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor.

Kad peraduan sms dan resit pembelian ini akan dikembalikan bersama hadiah yang telah dimenangi.

Pemenang hadiah Peraduan Teka Judul Buku PTS yang ingin mendapatkan terus hadiah dialu-alukan datang sendiri ke pejabat utama PTS bagi mengambil hadiah yang dimenangi.

PTS mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Nantikan pemenang seterusnya bagi minggu-minggu yang berikutnya. yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024