Artikel

Pemenang Peraduan Mengulas Buku Bisnes dan Pengurusan Minggu Pertama

oleh Roziyah pada 15 Nov 2010

Pihak pengurusan PTS telah memilih pemenang Peraduan Mengulas Buku Bisnes dan Pengurusan minggu pertama

Tempat Pertama : Jauhariatul Akmal Johar yang mengulas buku Siri Mula Bisnes Pasar Malam - hadiah buku PTS bernilai RM50

Tempat kedua : Nora Nawi mengulas buku Rahsia Bisnes Orang Cina (Kaver Kemas Kini) - hadiah buku PTS bernilai RM40

Tempat ketiga : Damia Fakhira Bt Samsul Rizal mengulas buku Usahawan Cilik : Manik Merah Jambu - hadiah buku PTS bernilai RM30

Pihak PTS akan menghubungi pemenang melalui email. Setiap pemenang boleh memilih judul buku berdasarkan nilai hadiah yang dimenangi.

Hadiah akan dihantar dua minggu selepas pemenang memilih judul buku yang dikehendaki. Kos penghantaran hadiah akan ditanggung oleh pihak PTS.

Hadiah mingguan akan dihantar sebaik PTS menerima senarai buku yang dikehendaki oleh pemenang.

Hadiah dihantar dua minggu selepas pemenang memilih judul buku yang dikehendaki.

Penghantaran dibuat menggunakan pos biasa.
PTS mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025